Wanita Dedah Anak Patung Dimiliknya Dirasuk Entiti Misteri,ok: Seorang wanita berkongsi pengalaman seram memiliki sebuah anak patung yang didakwa dirasuk oleh entiti misteri dan mensyaki anak patungnya itu menghantui hidupnya sehingga ke hari ini.
Menurut Stephanie Chong, dia membeli anak patung berkenaan di sebuah kedai barang terpakai di Petaling Jaya, dua tahun lalu.
“Anak patung itu menarik perhatian saya bila saya lihat buat kali pertama.
“Saya mesti bawanya balik kerana terdapat tarikannya tersendiri yang membuatkan saya membelinya.
“Saya tak berapa gemar membeli anak patung kerana tak banyak benda boleh dibuat namun, saya masih membeli anak patung tersebut pada hari itu,” ujar Stephanie mengenai anak patungnya itu.
Dia meletakkan anak patungnya di sebelah katil kerana menganggap anak patung itu sebagai kawan dan teman setia untuk mendengar ceritanya.
“Saya akan bercerita mengenai memori-memori indah atau masalah saya dengan rakan sekerja. Malah, sebelum tidur saya akan ucapkan selamat malam kepada dia,” tambah Stephanie.
Dia juga tidak menafikan baru-baru ini dia kurang bercakap dengan “teman setianya” itu kerana terlalu sibuk.
Berikutan itu, dia mula mengesyaki sesuatu yang aneh sedang berlaku apabila menyedari anak patung itu berubah kedudukannya dari sudut meja ke katilnya dengan sendiri.
Malah, Stephanie pernah memarahi adiknya kerana memindah-mindahkan anak patung itu tetapi dinafikan oleh adiknya.
“Satu hari, saya ternampak patung itu di atas katil saya dan terus mengingati anak patung dari filem Annabelle.
“Saya tidur di bilik adik dan membiarkannya untuk beberapa hari tetapi anak patung itu telah berubah tempatnya lagi.
“Saya memarahi adik supaya tidak bergurau lagi walaupun dia menafikan sekeras-kerasnya.
“Walau bagaimanapun, beberapa bulan berlalu dan saya perhatikan memang benar patung itu bertukar-tukar posisi dalam bilik saya.
“Saya jadi takut dan menyumbat patung itu di dalam sebuah kotak.
“Malam itu juga saya mengalami mimpi ngeri. Dalam mimpi saya, anak patung itu bertanya kepada saya: “Mengapa saya tinggalkan ia berseorangan”,” kata Stephanie.
Selepas mimpi ngeri itu, Stephanie mengambil keputusan untuk membuang anak patung tersebut namun, kerap menerima mimpi ngeri selepas bertindak demikian.
“Kadang kala saya menyesal membuang anak patung itu kerana ia kerap muncul dalam mimpi saya.
“Saya patut berjumpa bomoh untuk merawat patung itu. Tapi sekarang saya tak mungkin menjumpainya lagi.
“Kalau ada sesiapa yang nampak anak patung saya, hubungi saya secepat mungkin!” tambah Stephanie yang juga menasihati rakan-rakanya untuk tidak membeli anak patung dari kedai barang terpakai kerana tidak tahu dari mana ia datang.
via
Suara.tv
Wanita Dedah Anak Patung Dimiliknya Dirasuk Entiti Misteri
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →