Taking a Drone on Honeymoon - 400 Days Around the World,ok!: Honeymoon selama 400 hari, 48 negara, 2 orang dan 1 drone. Itulah fakta mengenai pasangan yang baru berkahwin dari Jepun iaitu Kaz dan Mariko Yamaguchi yang membuat keputusan untuk hadiah perkahwinan mereka yang kini menjadi viral diseluruh dunia.
Menggunakan DJI Phantom 3 Advanced, Kaz yang tiada pengalaman langsung mengendalikan drone (hanya beberapa kali setelah membelinya di Jepun) dan pasangannya telah melakukan sesuatu yang sangat menakjubkan serta membuat kita melihat betapa kreatifnya mereka membuat video yang sangat simple menggunakan alam sekitar sebagai subjek, video tanpa suara serta penggunaan muzik yang tepat.
Antara tempat atau negara yang pasangan itu telah melawat ialah, kepulauan buatan Dubai Palm, Jumeirah, Ethiopia, Patagonia,Hutan Hujan Amazon, Makgadikgadi Salt Pans dan kawasan pembentukan monolitik di Gunung Batu Guatape, Columbia dan garam terbesar di dunia rata, Salar de Uyuni di Bolivia.
Jadi bagaimana pula dengan anda? Ada tak yang teringin membuat sesuatu yang menarik seperti ini?
[VIDEO] Taking a Drone on Honeymoon - 400 Days Around the World
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →