Viral Ben Nathan Kini Hidupnya Gelandangan,ok! Viral kini dimedia sosial tentang Ben Nathan, penyanyi popular era 90an dengan lagu Stanza Sekeping Hati dan Penantian Satu Ilusi.
Memberikan respon tersebut, Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk DJ Dave meminta keluarga Ben Nathan sendiri membantu penyanyi era 1980-an itu menjalani kehidupan normal, bukannya membiarkan dirinya tidak terurus dan berkeliaran di ibu kota.
Menurut DJ Dave, Ben Nathan wajar dibantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Pertama kali berjumpa dengan Ben adalah di Muzium Negara, dua tahun lalu. Apabila bercakap dengan Ben, dia ingat saya. Saya menawarkan pertolongan tetapi ada saja alasan Ben.
"Saya kemudian berjumpa lagi dengan Ben di Brickfields sebanyak dua kali. Macam biasa, apabila saya mengajaknya masuk ke dalam kereta, dia menolak dengan pelbagai alasan.
"Saya tak tahu bagaimana lagi nak bantu Ben melainkan keluarganya berjumpa saya," katanya menerusi Berita Harian.
Tambah DJ Dave, dia ada menghantar surat kepada JKM supaya bantuan dapat disalurkan kepada Ben.
"Itu sahaja caranya... Saya rasa ia menjadi kesalahan jika saya memaksa Ben mengikut saya," katanya. DJ Dave berkata, dia ada bertemu dengan abang kepada Ben dan meminta dia membawa penyanyi itu pulang ke pangkuan keluarga.
"Abang Ben beritahu dia sangat degil dan tidak mahu pulang ke rumah. Bagaimanapun, kami terputus hubungan kerana saya tidak lagi menyimpan nombor telefonnya," katanya.
Untuk info, sekitar tahun 2009 lalu, pihak Utusan Online pernah menemubual Ben Nathan mengenai aktivitinya.
"Aku tidak pernah menghilangkan diri dari dunia seni, sebaliknya aku sentiasa berusaha untuk kembali dengan lagu-lagu baru.
"“Setahun dulu (2008) aku ada rakam lima lagu di sebuah studio di Johor dengan penerbitnya, Jeya Rahman.
"“Tapi, bila dia meninggal dunia aku tak tahu apa jadi dengan lagu itu, mungkin master tapenya sudah dijual.
"“Selepas itu, awal tahun lepas melalui Iedet Production aku dah rakam tiga lagu untuk album terbaru aku,” rancak Ben bercerita mengenai projek seni yang sedang dirancangnya.
Tiga buah lagu yang telah dirakamkan di Studio Iedet Production ialah Kenangan Silam, Tidak Ku Duga dan Cik Bedah.
Menurut Ben juga, lagu-lagunya kali ini menyentuh isu semasa tanah air dan masyarakat di samping lagu-lagu berunsur cinta.
“Masa berlalu dan manusia berubah. Aku rasa dalam usia begini selain lagu-lagu cinta, aku juga mahu nyanyikan lagu-lagu yang bakal menjentik minda generasi hari ini
“Aku yakin lagu-lagu aku dapat mencuri hati pendengar kerana irama sentimental dan balada memang begitu dekat di jiwa masyarakat Melayu dan peminat aku,” katanya penuh yakin.
Apabila ditanya apakah projek lain selain album, tanpa ragu-ragu Ben berkata;
“Aku ada banyak projek tapi semuanya rahsia. Aku tak boleh beritahu nanti orang lain curi projek aku,” ujarnya menyambung perbualan.
Ben yang kini menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor ketika ditanya mengenai apa yang dirinduinya selama menyepi dari bidang seni menjawab:
“Sebenarnya aku rindukan kawan-kawan aku dulu. Tapi nak buat macam mana mereka semuanya bawa diri masing-masing.
“Aku baik dengan Datuk Shake tapi dia pun tak ada di sini, aku kenal dengan Datuk Khadijah Ibrahim tapi dia sibuk. Aku juga pernah menyanyi dengan Mazuin Hamzah tapi entah ke mana dia.
“Aku harap bila album baru aku keluar berjudul Setitik Darah Yang Berharga, peminat-peminat aku akan menyokong dan membelinya. Hanya dengan itu sahaja, aku dapat terus menyanyi,” kata Ben penuh mengharap sebelum dia meminta diri untuk beredar.
sumber
mykakitube

Pernah Rancang Buat Album