AH FOO MUNFIQ WARGA PRIHATIN, Bukan Islam Yang Buat Kami Terharu

AH FOO MUNFIQ WARGA PRIHATIN, Bukan Islam Yang Buat Kami Terharu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AH FOO MUNFIQ WARGA PRIHATIN, Bukan Islam Yang Buat Kami Terharu

AH FOO MUNFIQ WARGA PRIHATIN

Lelaki Cina ini mesra kami panggilnya sebagai Ah Foo. Beliau merupakan pembayar sedekah (munfiq) bulanan secara tetap kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin sejak lebih 2 tahun dahulu sebanyak RM500 sebulan.

Bukan setakat itu, jualan alat ganti di kedai beliau kepada RPWP juga semuanya atas harga kos dan itu memang kami akui kerana disiplin kami membuat pembelian mesti memastikan kualiti dan harga terbaik di sekitar.

AH FOO PERLUKAN PEKERJA TAMBAHAN DENGAN KADAR SEGERA.

Sebenarnya Ah Foo sering datang ke RPWP dan berkenan dengan disiplin dan kegigihan anak-anak RPWP. Sudah banyak kali beliau minta kami izinkan anak-anak jagaan kami bekerja dengan beliau. Soal gaji dan elaun beliau tak kisah. Beliau kata anak-anak RPWP boleh bawa pulang sehingga RM2500 - 3000 dan beliau akan ajar semua selok belok perniagaan sparepart kenderaan. Yang penting beliau dapat khidmat dari anak-anak RPWP.

Kelmarin beliau nyatakan hasrat itu sekali lagi dan kami masih katakan tidak berani nak lepaskan anak anak kami untuk bekerja dengannya. Namun, kami katakan yang kami akan cuba panjang-panjangkan hajat beliau ini.

AH FOO MUNFIQ WARGA PRIHATIN, Bukan Islam Yang Buat Kami Terharu

Antara yang diperlukan ialah pekerja kaunter jualan yang mana akan mampu menjana KOMISYEN TAMBAHAN hingga RM1000-1500 sebulan selain dari gaji pokok.

Beliau juga amat memerlukan pekerja yang mahir IT untuk membantu perniagaan beliau menghadapi pelaksanaan GST yang wajib dilaksanakan mulai 1 April 2015. Ah Foo tidak belajar tinggi untuk memahami mekanisma GST yang agak komplikated.

Kami tidak dapat penuhi permintaan beliau buat masa ini kerana anak-anak ini masih dalam proses pendidikan akademik dan kemahiran. Walaupun akhlak dan disiplinnya sudah kelihatan agak baik, namun ia masih perlu diperkukuhkan untuk menghadapi cabaran hidup. Anak-anak ini mungkin baik kerana di bawah kawalan aturan hidup kami. Apabila bercampur semula dengan dunia luar, ditambah pula dengan banyaknya wang di tangan segalanya mungkin berubah.

Justeru, jika ada yang masih mencari pekerjaan dan tidak kisah bekerja di sebuah kedai alatganti kenderaan di Sungai Chua, Kajang, kami harap anda boleh hubungi Ah Foo di nombor 019-2188933, 012-3581911 untuk membantu beliau di bahagian akaun dan kaunter jualan. Anda juga boleh inbox kami atau hubungi 013-5858702, 5858779 melalui Whatsap dan Telegram.

AH FOO MUNFIQ WARGA PRIHATIN, Bukan Islam Yang Buat Kami Terharu

Jika anda tidak tahu atau tiada pengalaman, mungkin anda lebih mudah belajar tentang GST berbanding Ah Foo. Yang penting berkerjalah dengan berbasmalah, jika diterima. Bawa nama baik dan jagalah imej sebenar Islam melalui sifat amanah dan tekun dalam kerja.

Islam itu indah. Yang menjadikan orang bukan Islam berminat dengannya bukanlah ceramah dan promosi kita, tetapi kualiti perlaksanaan yang kita nampakkan. Kami tidak pernah mempromosi RPWP kepada Ah Foo, apatah lagi untuk meminta-minta beliau untuk memberi sedekah ke RPWP. Namun, beliau nampak sendiri dan mampu berfurqon tentang kebaikan sistem Islam.

Inilah golongan Kafir Zimmi yang bukan sahaja tidak akan memusuhi hudud dan Islam, malah sanggup membayar jizyah jika diberi peluang untuk menikmati kesejahteraan dari sistem Islam yang syumul sekalipun tidak memeluk Islam.

Alhamdulillah.

WARGA PRIHATIN
LINK FB

0 comment... add one now