Kerana Cemburu, Lelaki Koma Di Pukul Dengan Botol Arak | Gara-gara cemburu, seorang lelaki koma dipukul dengan botol arak dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Taman Harapan Baru, di Seremban.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu, ketika mangsa, Chin Teck Lan, 42, bersama isteri dan beberapa rakan makan di restoran berkenaan sebelum didatangi dua lelaki dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakannya yang mempelawa seorang wanita iaitu rakan lama untuk duduk semeja.
Menceritakan kejadian, isteri mangsa, Sai Shu Fong, 42, berkata, sebelum kejadian itu, mereka duduk di sebuah meja, namun secara kebetulan terserempak dengan seorang wanita yang dikenali suami dan rakannya.
“Jadi suami saya panggil wanita itu untuk duduk dan makan bersama kami dan ketika itu tiada apa yang berlaku.
“Beberapa minit kemudian seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita berkenaan tiba bersama dua rakannya duduk di meja berhampiran,” katanya.
Menurutnya, dia mula berasa tidak sedap hati apabila lelaki tersebut memerhati suaminya seperti tidak berpuas hati.
Kata Shu Fong, lelaki itu kemudian memanggil isterinya dan telah berlaku pertengkaran sebelum mereka semua beredar.
“Beberapa minit kemudian dua lelaki menghampiri mereka dan mengarahkan suami saya keluar untuk berbincang tapi dia tidak mahu menyebabkan suami saya diugut.
“Suami saya terpaksa ikut arahan sebab takut diapa-apakan. Tapi malangnya dia dipukul dengan botol arak kosong hingga pecah dari arah belakang oleh seorang lelaki terbabit sebelum mereka melarikan diri dengan sebuah kereta,” katanya di sini, semalam.
Shu Fong berkata, kejadian itu menyebabkan suaminya tidak sedarkan diri hingga kini dan berada ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini.
“Sejak itu suami saya masih tidak sedarkan diri dan doktor beritahu otaknya mungkin tidak dapat berfungsi lagi dan peluang untuk terus hidup tipis.
“Saya tak sangka boleh jadi sampai macam ini dan telah buat laporan di Balai Polis Seremban mengenai kejadian itu. Saya harap suspek segera ditahan dan dikenakan hukuman setimpal” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/koma-dipukul-dengan-botol-arak-1.380080
Kerana Cemburu, Lelaki Koma Di Pukul Dengan Botol Arak
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →