Aksi Pesilat Bengkung Biru Ini Benar-Benar Memalukan

Aksi Pesilat Bengkung Biru Ini Benar-Benar Memalukan:  Sukan Sea XXVI pada tahun 2011 telah diadakan di Indonesia. Pelbagai acara sukan dilangsungkan bagi mencari peserta yang benar-benar mampu dinobatkan sebagai Juara di Asean. Antaranya ialah acara silat yang diadakan pada 11~12 November di Jakarta dan Palembang.

Aksi Pesilat Ini Benar-Benar Memalukan

Silat, acara yang mementingkan disiplin, semangat kesukanan serta kesabaran kali ini benar-benar menguji tindakan seorang peserta yang kami harap bukanlah dari Malaysia. (Kami syak peserta tersebut dari Myamar).

Kali ini pertarungan membabitkan peserta berbengkung biru dan pesilat dari negara Thailand (berbengkung merah)

Ketika awal pertarungan, mata pesilat Thailand dilihat seperti terkena jari pesilat berbengkung biru. Dia mengundur sambil memegang matanya yang pedih. Namun, inilah detik memalukan bagi pesilat berbengkung biru itu apabila dia mengambil keputusan menendang lawan dari belakang! Kami memandang tindakan itu seperti tindakan seorang pembacul....

Pertarung diteruskan, pesilat Thailand menguasai keadaan. 3/4 kali pesilat bengkung biru dijatuhkan. Akhirnya dia kelihatan hilang keyakinan diri sehingga bertindak sperti pengecut melarikan diri sekeliling gelanggang mengelak dari bertarung.

Penonton di stadium pula dilihat "mengeboo" pesilat bengkung biru kerana tindakan beliau itu. Ini memang-memang sangat2 memalukan....

Seterusnya lihat video dibawah...



0 comment... add one now