Perkahwinan 50 Juta, Salim Mehajer & Aysha, Turut Di Gelar Wedding Of The Century : Salim Mehajer dan Aysha Mehajer bukanlah nama yang dikenali dalam bidang hiburan, perniagaan mahupun politik. Namun, nama mereka berdua tiba-tiba menjadi popular setelah berlangsungnya perkahwinan mewah yang digelar Perkahwinan Terhebat Abad Ini pada 15 Ogos 2015 lalu.
Salim Mehajer merupakan timbalan Datuk Bandar Majlis Auburn berkahwin dengan Aysha yang dulunya dikenali sebagai April Learmonth, berasal dariWoonona, selatan Sydney dan memeluk islam untuk menjadi isteri sah kepada Salim Mehajer.
Perkahwinan mereka menimbulkan rasa tidak senang masyarakat setempat dan juga pihak polis kerana telah menimbulkan kesesakan luarbiasa dikawasan tersebut. Beberapa usaha masyarakat tempatan dibuat bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap perkahwinan Salim dan Aysha termasuk petisyen mengesa Salim dipecat.
Menurut laporan, Salim merupakan seorang pemaju hartanah. Isterinya yang dulu merupakan jurusolek dibesarkan di Woonona, Wollongong, selatan Sydney kini meninggalkan bidang lamanya dan menyertai syarikat Salim.
Perkahwinan mewah tersebut yang menggunakan sekumpulan pasukan paluan gendang, helikopter peribadi 4 buah, kapalterbang kecil, sekumpulan motorsikal berkuasa besar dan juga kereta limo dan sport mewah dengan kos perbelanjaan yang dianggarkan bernilai 50 juta.
Saksikan full video perkahwinan Salim dan Aysha yang telah kami sediakan dibawah...
Perkahwinan 50 Juta, Salim Mehajer & Aysha, Turut Di Gelar Wedding Of The Century
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →