Hanya kerana TIDAK dibenarkan masuk kerana membawa kanak-kanak (wad ICU) mereka membelasah dengan menampar, menumbuk dan menerajang pengawal keselamatan tua itu.
Kami berasa sangat kesal dengan perbuatan melampau sekumpulan lelaki ini. Bayangkan pengawal keselamatan yang tua itu adalah pakcik saudara atau bapa kamu sekalipun yang mencari rezeki halal demi sesuap nasi dia dan keluarganya...tergamak kamu semua membelasah dia.
Kami amat berharap pelawat ini dikesan dan ditahan dengan kadar segera oleh pihak berkuasa.
Biar undang-undang sedia ada menentukan hukuman yang paling setimpal buat mereka untuk hukuman didunia. Akhirat nanti....hurmmm
Apa kes ni??Pengawal keselamatan Hospital Besar Kota Bharu di belasah...
Posted by Video Viral on Wednesday, 26 August 2015
Pergaduhan yang berlaku petang semalam itu dipercayai akibat salah faham mengenai kebenaran memasuki wad yang dijaga rapi.
Ia menyaksikan pengawal keselamatan itu dipukul dan ditumbuk.
Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II Zaid Ahmad berkata, pelawat itu dipercayai tidak berpuas hati apabila pengawal keselamatan menghalangnya membawa kanak-kanak ke dalam wad itu.
"Untuk makluman wad berkenaan amat sensitif kerana menempatkan pesakit yang mempunyai masalah berkaitan pernafasan.
"Ia adalah wad separa unit rawatan rapi (ICU) dan orang awam sepatutnya memahami tujuan pihak hospital mengadakan undang-undang kawalan itu, demi untuk kebaikan semua," katanya di sini, hari ini.
Zaid juga memberitahu pihaknya mengamalkan polisi mesra pelawat terhadap mereka yang mahu menziarahi pesakit ketika waktu melawat.
Bagaimanapun, wad sensitif seperti wad separa ICU, ICU, Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Wad Pergantungan Tinggi (HDW) perlukan kawalan ketat.
via
http://www.hmetro.com.my/node/73381