Gambar & Video: Mr Bean Kembali Pandu Kereta Mini Legendnya Setelah 25 Tahun Berlalu

Gambar & Video: Mr Bean Kembali Pandu Kereta Mini Legendnya Setelah 25 Tahun Berlalu: Sapa tak kenal dengan watak popular Mr Bean yang pernah menceriakan hidup anda satu ketika dulu. Dianggarkan Mr Bean telah disiar sehingga 245 negara, satu jumlah yang sangat membanggakan bagi pelakon watak tersebut, Rowan Atkinson.

Baru-baru ini Rowan Atkinson menghidupkan semula wataknya itu sempena ulangtahun ke 25 watak Mr Bean. Beliau memandu diatas kereta mininya yang sangat legend itu disekitar Buckingham Palace.

Mr Bean Kembali Pandu Kereta Mini Legendnya Setelah 25 Tahun Berlalu

Rowan Atkinson mula mencipta watak Mr Bean semasa dia sedang belajar ijazah sarjana di Oxford.

"Saya diminta dalam tahun pertama saya di Oxford untuk melakukan satu persembahan pada satu malam... Saya tidak pernah menulis apa-apa dan saya bukanlah seorang penulis, saya terpaksa mencipta satu watak dalam masa lima minit setelah menerima notis itu dalam masa 48 jam,

"Saya hanya berdiri di hadapan cermin dan mula bermain-main dengan memek muka saya, dan disitulah watak pelik yang tidak berbahasa ini berkembang.""kata bintang British itu.

Mr Bean Kembali Pandu Kereta Mini Legendnya Setelah 25 Tahun Berlalu

Dalam pada itu menerusi satu temu bual pada tahun 1993, Rowan Atkinson pernah mendedahkan bahawa dia mempunyai satu idea hebat untuk episod terakhir Mr Bean.

"Dia melihat satu pendaratan kapal angkasa di padang, lalu dia berhentikan keretanya. Mr Bean terus memandang ke atas dan secara tiba-tiba pintu kapal angkasa terbuka di sertai silauan cahaya yang keluar dari kapal angkasa.

"Tiba-tiba seorang Mr Bean berjalan keluar dari kapal angkasa ... dan kemudian satu lagi Mr Bean dan mereka semua bersalaman dan kemudian keluar lagi 25 orang Mr Bean dari pesawat angkasa tersebut dan mengusapkan di belakang Mr Bean sambil berkata, "sangat baik untuk melihat anda kembali."

"Kemudian kesemua Mr Bean itu naik ke kapal angkasa dan pintu mulai tertutup dan itulah detik terakhir Mr Bean."

Mr Bean Kembali Pandu Kereta Mini Legendnya Setelah 25 Tahun Berlalu

Malangnya, idea itu tidak pernah akhirnya terjadi pada skrin. Dalam pada itu, Rowan turut mendedahkan yang dia mungkin tidak akan melakonkan kembali watak popularnya itu.

"Dia hanyalah satu watak. Saya telah berlakon untuk 20 atau 30 tahun dan saya amat berbesar hati untuk mengatakan selamat tinggal kepada Mr Bean," kata Atkinson.

"Saya tidak fikir saya akan bermain watak lagi kerana saya hanya tidak mahu melihat dia semakin tua."
Selamat Ulang Tahun Bean
25 tahun berlalu...Mr Bean kembali mengejutkan para peminat di Buckingam Palace dgn memandu kembali kereta mininya....Artikelhttp://v-viralvideo.blogspot.my/2015/09/mr-bean-kembali-pandu-kereta-mini.html
Posted by Video Viral on Thursday, 10 September 2015

0 comment... add one now