Pelakon Drama Mimi Lana Di Tahan Polis Kerana Memiliki Ganja & Eramin 5?

Pelakon Drama Mimi Lana Di Tahan Polis Kerana Memiliki Ganja & Eramin 5?: Seorang pelakon yang baru meningkat naik, Mimi Lana dilaporkan ditahan pihak polis kerana memiliki dadah jenis ganja dan pil Eramin 5 bersama dua lagi rakannya.

Pelakon Drama Mimi Lana Di Tahan Polis Kerana Memiliki Ganja & Eramin 5?

Menurut laporan Harian Metro, kesemua suspek perempuan itu ditahan polis 11 malam tadi, hasil serbuan mengejut dilakukan polis di sebuah kediaman di Persiaran Kemajuan di Subang Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, pemeriksaan dilakukan terhadap bilik pelakon itu sebelum polis menemui satu paket plastik berisi ceraian daun kering disyaki ganja dan pil eramin 5.

Pelakon Drama Mimi Lana Di Tahan Polis Kerana Memiliki Ganja & Eramin 5?

"Pemeriksaan di bilik kedua pula menemui seorang lagi remaja wanita yang sedang tidur. Siasatan lanjut di bilik itu menemui satu beg mengandungi tiga paket plastik lut sinar berisi ceraian daun kering dipercayai ganja seberat 15.74 gram serta dua bilah pisau di bahagian atas almari baju.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan sama ada semua suspek mengedar dadah berkenaan ataupun untuk kegunaan sendiri. Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Pelakon Drama Mimi Lana Di Tahan Polis Kerana Memiliki Ganja & Eramin 5?

Dalam pada itu, portal hiburan Rotikaya juga melaporkan tangkapan polis ke atas Mimi Lana dan rakan-rakannya kerana ganja yang ditemui didalam almari dan diruang tamu.

via
http://www.hmetro.com.my/node/78530#sthash.yS9C4pT2.dpuf
http://www.rotikaya.com/mimi-lana-ditahan-polis-kerana-miliki-ganja/

0 comment... add one now