Atlet SUKMA Lega, Bebas Dari Tuduhan Berat

Atlet SUKMA Lega, Bebas Dari Tuduhan Berat: Seorang atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mero-gol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling, dua tahun lepas.

Atlet SUKMA Lega, Bebas Dari Tuduhan Berat

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Adib Adha Ismail, 20, di akhir kes pendakwaan.

Oleh itu, katanya tertuduh tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

"Mangsa tidak dapat memastikan dengan jelas sama ada tertuduh mero-golnya atau tidak, sebaliknya mangsa hanya mengecam seorang daripada ketiga-tiga tertuduh yang merogolnya.

"Tiada apa yang boleh dikaitkan dengan kamu selain profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada tuala, namun ia bukan bukti langsung yang boleh menunjukkan kehadiran kamu di tempat kejadian. Selain itu, banyak keraguan timbul berdasarkan keterangan saksi," kata hakim itu.

Tertuduh didakwa mero-gol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pukul 4.10 pagi, 4 Julai 2013.

Pada 11 Julai 2013, tertuduh didakwa bersama-sama dua lagi atlet bola baling lelaki Sukma 2013 iaitu Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 21, dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, 21, mero-gol wanita sama, di tempat dan hari sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada 9 Oktober 2014 Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan mereka daripada pertuduhan itu kerana saksi tidak hadir pada perbicaraan ke situ.

Pada 3 November 2014 mereka didakwa semula di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sama. Bagaimanapun pada hari itu hanya Adib Adha yang hadir ke mahkamah manakala dua lagi rakannya tidak hadir.

Hari ini mahkamah menetapkan keputusan di akhir kes pendakwaan terhadap Adib Adha selepas mendengar keterangan 14 saksi pendakwaan termasuk mangsa dan rakan baik mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin manakala Adib Adha diwakili peguam Guok Ngek Seong.

via
http://www.mstar.com.my/berita/berita-mahkamah/2015/10/15/atlet-rogol/

0 comment... add one now