"Tolong Bersihkan Nama Saya," Ujar Pemandu Teksi Kes Culik Di Kajang

"Tolong Bersihkan Nama Saya," Ujar Pemandu Teksi Kes Culik Di Kajang | Pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak lima tahun yang diculik di Kajang baru-baru ini berkata penahanannya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penculikan terbabit memalukan keluarganya.

"Tolong Bersihkan Nama Saya," Ujar Pemandu Teksi Kes Culik Di Kajang

"Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya," kata beliau kepada pegawai polis apabila dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dibebeaskan setelah beliau ditahan selama seminggu untuk membantu siasatan.

"Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa," katanya.

Pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, ditahan bersama tiga lelaki lain yang terlibat di dalam kes penculikan tersebut

Sebelum ini, Hanizan berkata dia menemui kanak-kanak itu bersendirian di tepi jalan dan dapat mengenalpasti kanak-kanak itu hasil viral gambar menerusi media sosial.

Bagaimanapun, Hanizan enggan memaklumkan bagaimana dan dimana dia menemui kanak-kanak tersebut.

Setelah seminggu ditahan polis, Hanizan dibebaskan dan disahkan tidak terlibat dalam kes penculikan terbabit.

Tiga lagi yang ditahan didakwa di mahkamah pada pagi Jumaat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.



Support abang teksi...terima kasih kerana keprihatinan anda yang telah membawa anda ke lokap ...ramai yang mengata dan mengeji bila abang teksi ini diangkut polis untuk tahanan reman...Alhamdulillah akhirnya dia dibebaskan.
Posted by Video Viral on Thursday, 15 October 2015


via
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/10/16/pemandu-teksi-rayu-bersihkan-nama/

3 comments.. read them below or add one

The Red Buret The Red Buret Oktober 17, 2015
Saman aje bang...sehari rm sejuta....seminggu kali tujuh...rm7 juta...malaysia banyak duit maaa...apa ada hal
adek justin adek justin Oktober 22, 2015
Mungkin pak najib akan beri sikit duit derma 2.6 bilion kepada brother ni
adek justin adek justin Oktober 22, 2015
Mungkin pak najib akan beri sikit duit derma 2.6 bilion kepada brother ni