Dakwaan 7 Murid Asli Mandi Sungai TAK BENAR!

Dakwaan 7 Murid Asli Mandi Sungai TAK BENAR! : Dakwaan yang mengatakan tujuh murid Orang Asli yang dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu melarikan diri akibat takut didenda guru selepas mandi di sungai yang terletak di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi adalah tidak benar.

Dakwaan 7 Murid Asli Mandi Sungai TAK BENAR!

Herry Boy Angah, 20, iaitu bapa saudara mangsa yang masih hidup, Norieen Yaakob, 10, memberi­tahu, kesemua mereka tidak pernah mandi di sungai berkenaan sebaliknya murid lain.

“Sebenarnya, me­nurut Norieen, guru sekolah terbabit ingin mendenda murid lain yang mandi di sungai terbabit namun timbul salah faham antara mereka.

Artikel: Norieen Cerita Detik Sedih Lihat Rakan & Adik Di Telan Sungai

“Mereka tanpa mengetahui perkara sebenar terus bertindak melarikan diri ke dalam hutan sehingga sesat dan mengorbankan lima daripada mereka.

“Jadi, dakwaan yang menjadi bualan orang ramai sehingga kini yang mengatakan kanak-kanak terbabit akan didenda guru kononnya mandi di sungai itu adalah tidak benar sama sekali,” ujarnya kepada pihak media.

via
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1011&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

0 comment... add one now