Midah Mimpi Di Datangi Orang Tua Mengatakan Anaknya Masih Hidup

Midah Mimpi Di Datangi Orang Tua Mengatakan Anaknya Masih Hidup : “Mimpi saya malam tadi anak saya ditemukan dalam keadaan selamat menjadi nyata,” kata Midah Angah, 40, ibu kepada Norieen Yaakob, 10, salah seorang daripada dua kanak-kanak yang ditemukan selamat di dalam banir sebatang pokok di tebing Sungai Perias.

Midah Mimpi Di Datangi Orang Tua Mengatakan Anaknya Masih Hidup

Bagaimanapun ibu malang terbabit terus diulit resah apabila nasib seorang lagi anaknya, Haikal Yaakob, 8, belum diketahui sama ada hidup ataupun mati selepas kanak-kanak tersebut bersama-sama seorang lagi rakannya belum ditemukan.

Midah berkata, selepas penemuan dua mayat kanak-kanak sebelum ini, hatinya cukup resah dan pada masa sama terus berdoa ke­selamatan dua anaknya itu.

“Malam tadi saya bermimpi didatangi seorang lelaki tua yang seolah-olah bercakap anak-anak masih hidup.

"Dia kata anak saya hidup dalam hutan dan ada buah (untuk makan) tetapi tinggi dan tidak boleh panjat (pokok)"

Tambahnya, dia juga hairan bagaimana anaknya itu dapat bertahan cukup lama di dalam hutan walaupun tanpa makanan.

"Mungkin dia cuma makan tanah dan rumput",ujarnya.

“Saya kemudian terjaga daripada tidur dan menangis mengenangkan nasib kedua-dua anak saya yang bertarung nyawa di dalam hutan,” katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang, di sini hari ini.

Midah Mimpi Di Datangi Orang Tua Mengatakan Anaknya Masih Hidup

Kata Midah lagi, sepanjang kehilangan anaknya, dia tidak mempunyai selera makan dan asyik menanti kepulangan Norieen dan Haikal.

Katanya, dia amat sedih melihat keadaan fizikal Norieen yang cukup kurus, selain badannya yang tinggal kerangka.

Artikel; Kepentingan Keluarga Murid Orang Asli Di Abai Teruk?

Ujarnya, ketika dibawa ke Pos Tohoi sejurus selepas penemuannya, Norieen tidak bercakap, mukanya cukup pucat, selain berada dalam keadaan ketakutan.

“Saya harap Norieen akan pulih seperti biasa selepas ini dan masih menaruh harapan Haikal juga akan dapat ditemukan dalam keadaan selamat,” kata ibu kepada tujuh anak itu.

via
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mimpi-anak-selamat-jadi-nyata-8211-midah-1.144793

0 comment... add one now