Serpihan Pesawat MH370 & Tulang Manusia Di Temui Di Selatan Filipina

Serpihan Pesawat MH370 Di Temui Di Selatan Filipina: Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan serpihan pesawat di selatan perairan Filipina pada Sabtu.

Serpihan Pesawat MH370 & Tulang Manusia Di Temui Di Selatan Filipina
Serpihan yg didakwa milik MH370 di kepulauan Reunion

Menurut laporan yang diterima, serpihan berkenaan dipercayai milik MH370 kerana terdapat bendera Malaysia pada bangkai pesawat  tersebut.

Laporan the Star yang dipetik sebagai berkata, laporan polis mengenai penemuan itu dibuat seorang lelaki yang percaya bangkai pesawat dengan tulang manusia di dalamnya adalah milik MH370.

Bangkai pesawat itu dikatakan ditemui anak saudaranya di Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina beberapa hari lalu.

Dia bertindak mengambil bendera Malaysia tersebut sebelum memaklumkan kepada bapa saudaranya.

Sementara itu, Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan tersebut dan akan menjalankan siasatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pasukan penyiasat Perancis sebelum ini mengesahkan serpihan yang dikenali sebagai 'flaperon' yang dijumpai di pantai Pulau Reunion adalah milik pesawat MH370 yang hilang 8 Mac 2014.

Pesawat itu membawa 239 penumpang dan dalam penerbangan dari Malaysia ke China.

via
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bangkai-pesawat-dipercayai-milik-mh370-ditemui-nelayan-di-selatan-perairan-filipina-76026

0 comment... add one now