Pekin Ibrahim Meninggal Dunia Berita Palsu

Pekin Ibrahim Meninggal Dunia Berita Palsu : PELAKON, Pekin Ibrahim tampil menafikan mengenai berita bahawa dia telah meninggal dunia seperti yang tersebar di laman mikro Twitter hari ini.

Pekin Ibrahim Meninggal Dunia Berita Palsu

Pekin yang ternyata terkejut dengan berita palsu tersebut  memberitahu tweet mengenai berita kematiannya tersebar luas sehinggakan ada yang memuatnaik gambar untuk mengucapkan takziah.

"Berikutan penyebaran berita palsu itu, telefonya tidak pernah berhenti menerima panggilan," katanya.

Tambah pelakon filem Bunohan ini lagi, dia terpaksa menelefon ibunya di kampung bagi memaklumkan mengenai berita palsu itu.

"Berderau darah saya apabila diberitahu mengenai hal ini. Saya terpaksa menelefon ibu di kampung agar dia tidak terkejut dengan berita ini.

Pekin Ibrahim Meninggal Dunia Berita Palsu

"Saya sendiri lemah semangat apabila diberitahu mengenai berita palsu kematian saya, ini pula ibu yang sudah berusia," ujarnya.

Pekin turut mengakui terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang menyalahguna media sosial bagi menyebarkan berita palsu.

#Makin galak pula ye media sosial dengan berita2 palsu mcm nih...semuanya kerana apa?..Hurmmm

via
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/berita-pekin-ibrahim-meninggal-dunia-palsu-1.438670
http://www.bharian.com.my/node/87682

0 comment... add one now