Polis Akan Siasat Video Pengasuh Taska Pukul Budak: Setelah tersebarnya satu klip video tindakan seorang pengasuh taska yang memukul seoang budak kecil, pihak polis dilaporkan akan menyiasat dakwaan yang menjadi viral di media sosial itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman berkata, pihaknya akan menyiasat video yang diviralkan itu.
"Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
"Kita akan siasat kesahihan kejadian itu dan benarkah ia berlaku di lokasi yang disebut dalam maklumat yang diviralkan itu," katanya ketika dihubungi di sini.
Rakaman video berdurasi 53 saat itu menunjukkan wanita berkenaan menampar pipi, belakang, peha dan lengan kiri selain mencekak mulut mangsa yang sedang menangis.
Dalam pada itu, menurut info yang tersebar, video tersebut diambil oleh salah seorang pekerja taska yang tidak tahan melihat anak-anak kecil sering dipukul oleh pengasuh itu.
Tambahnya, kanak-kanak itu pukul kerana telah menggigit tangan salah seorang kanak-kanak lain yang turut berada dipusat asuhan tersebut.
via
http://www.hmetro.com.my/node/79119
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.