Urutan Kes Adik Tikam Abang Kerana Remote TV Di Port Dickson

Urutan Kes Adik Tikam Abang Kerana Remote TV Di Port Dickson,ok: Hari ini, boleh kata majoriti rakyat Malaysia terkejut dengan kes adik yang menikam abang hinna mati kerana berebutkan remote tv di Kg Chuah, Port Dickson.

Urutan Kes Adik Tikam Abang Kerana Remote Di Port Dickson

Helmizi Imran, 33, awalnya mengalami cedera parah di dada akibat ditikam adiknya berusia 23 tahun dengan pisau pada jam 2.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha, mangsa ditikam selepas bergelut dengan suspek yang berang selepas ditegur berebutkan alat kawalan jauh yang dipegang anak lelaki mangsa berusia lima tahun.

"Tikaman itu menyebabkan mangsa rebah sebelum dibawa ke hospital oleh seorang lagi adik mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Port Dickson akibat cedera parah di dada.

"Sejurus selepas menikam abangnya suspek melarikan diri dengan memandu Proton Wira dipercayai pulang ke rumahnya di Johor Bahru," katanya.


Urutan Kes Adik Tikam Abang Kerana Remote Di Port Dickson

Balik Semula Ke Kampung

Dalam pada itu, setelah mengetahui abangnya maut akibat tikaman pisaunya, adik mangsa diberitakan pulang semula ke kampung untuk menghadiri majlis pengebumian abang di Sepang, Selangor.

Pihak keluarga dikatakan telah berbincang dengan polis yang menguruskan kes supaya membenarkan adik lelaki pulang berjumpa ibu bapa terlebih dulu dan menghadiri pengebumian sebelum dipujuk menyerah diri bagi membantu siasatan.

"Saya merayu dia tidak ditahan bagi memberi ruang kepada pihak keluarga untuk menyelesaikan urusan pengebumian mangsa selepas Zohor, hari ini.

"Adik yang melarikan diri ke Johor Bharu selepas kejadian itu sudah diminta pulang ke kampung bagi memberi peluang kepadanya bertemu ibu bapa serta menghadiri upacara pengebumian abangnya," kata abang sulung dalam ahli keluarga mangsa.

Damailah Kau Disana - Isteri Mangsa

"Damailah abang di sana". Itulah antara kata-kata yang diluahkan isteri allahyarham Helmizi Imran.

Kata-kata itu diluahkan Heresa Mohd Idris, 33, sebaik talkin selesai dibacakan, sambil dilihat dia sesekali mengalirkan air mata ketika suaminya dikebumikan kira-kira 4 petang tadi.

Dia yang kelihatan tenang turut dilihat memegang penanda kubur suaminya, sementara anak perempuan sulung yang berusia 11 tahun berada tidak jauh dari kubur sambil ditenangkan ahli keluarga.

"Saya reda dengan pemergian suami, alhamdulillah majlis pengebumian suami petang ini berjalan lancar.

"Saya juga bersyukur kerana dapat menunaikan hajat arwah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Sepang yang terletak berhampiran kediaman kami,"katanya.

Urutan Kes Adik Tikam Abang Kerana Remote Di Port Dickson

Suspek Serah Diri

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baharudin Mustapha berkata, suspek telah ditahan di Balai Polis Port Dickson selepas dia tampil menyerah diri setelah urusan pengkebumian jenazah abangnya selesai.



#Semoga kes seperti ini menjadi tauladan kepada kita semua...siapa sangka hanya kerana remote tv je pun adik beradik sanggup berbunuh...apatah lagi kalau bab harta...Hilang pertimbangan boleh jadi hilang kewarasan. Dan ianya boleh jadi kepada sesiapa jua....


via
- http://www.hmetro.com.my/node/82733
- http://www.hmetro.com.my/node/82619
- http://www.hmetro.com.my/node/82853
- http://www.hmetro.com.my/node/82912
- http://www.hmetro.com.my/node/82954

0 comment... add one now