3 Lelaki Ditahan Orang Ramai Setelah Ro-gol Remaja Thailand

3 Lelaki Ditahan Orang Ramai Setelah Ro-gol Remaja Thailand : Alasan mahu menggunakan tandas restoran membolehkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun meminta bantuan pelanggan restoran itu untuk melepaskan diri daripada tiga lelaki yang menculik dan mero-gol serta menyamunnya, Sabtu lalu.

3 Lelaki Ditahan Orang Ramai Setelah Ro-gol Wanita Thailand

Dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Balakong, Kajang, itu pelanggan restoran itu kemudian berjaya menahan tiga penjenayah terbabit.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Rotzarn Rashid berkata, mangsa yang berasal dari Thailand, baru keluar dari rumahnya di Taman Bukit Cheras pada jam 8.50 pagi, untuk ke tempat kerjanya di sebuah salon rambut.

Menurutnya, seorang lelaki bersenjatakan kapak datang dan secara mengejut memegang tangan, memaut leher serta mengugut mangsa supaya mendiamkan diri.
3 Lelaki Perogol dibelasah
Video ke 2 3 suspek rogol gadis Thailand ditahan dan dibelasah orang ramai...
Posted by Video Viral on Wednesday, 25 November 2015

Katanya, suspek mengarahkan mangsa masuk ke dalam sebuah kereta dan membawanya mengelilingi kawasan perumahan sekitar Cheras serta Balakong.

"Ketika dalam kereta, mangsa diro-gol suspek,” katanya.

Beliau berkata, kereta penjenayah itu kemudiannya kehabisan minyak dan selepas seorang daripada mereka ke stesen minyak untuk membeli petrol, mangsa memberi alasan mahu menggunakan tandas restoran berhampiran.

3 Lelaki Ditahan Orang Ramai Setelah Ro-gol Wanita Thailand

“Ketika dalam restoran, mangsa meminta bantuan pemilik serta pelanggan yang kemudian berjaya menahan semua suspek berusia antara 20 hingga 24 tahun dan menyerahkannya kepada polis,” katanya.

Rotzarn berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 395 Kanun Keseksaan kerana merogol dan samun.

Sementara itu, gambar mangsa dan video rakaman suspek ditahan, tersebar di laman sosial Facebook sejak Isnin lalu. Seterusnya video suspek ditahan orang ramai dibawah.


Menurut info, 3 lelaki ini ditangkap ketika cuba merogol seorang wanita....
Posted by Video Viral on Tuesday, 24 November 2015

via

0 comment... add one now