Dirempuh Kereta, Makcik Jual Nasi Lemak Tercampak Dalam Longkang

Dirempuh Kereta, Makcik Jual Nasi Lemak Tercampak Dalam Longkang: Seorang peniaga nasi lemak tercampak ke longkang sedalam tiga meter beberapa meter daripada gerainya berhampiran Bulatan Sri Gombak Fasa 7 selepas dirempuh sebuah kereta Proton Wira dipandu lelaki berusia 20-an.

Dirempuh Kereta, Makcik Jual Nasi Lemak Tercampak Dalam Longkang

Dalam kejadian jam 7 pagi itu mangsa, Marshitah Abas,56 sedang menyusun barang niaga untuk memulakan perniagaan tidak sempat mengelak menyebabkannya alami cedera di bahagian kepala.

Mangsa yang tidak mampu bergerak dibantu bomba menaikkannya dari lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Difahamkan pemandu remaja yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dibelasah orang awam yang berada di lokasi kejadian. Dua lagi rakannya yang turut berada dalam kenderaan sempat melarikan diri.

Komandan Operasi dari Balai Bomba Selayang, Azman Mahat berkata, mangsa berada dalam keadaan sedar semasa operasi menyelamat dilakukan namun tidak mampu bergerak disebabkan kecederaan dialami.

“Mangsa masih berada dalam longkang monsun sedalam kira-kira tiga meter itu ‎semasa anggota bomba tiba. Kita mengusung mangsa naik ke atas sebelum menghantarnya ke Hospital Selayang menggunakan EMRS.

“Pemandu kereta turut mengalami kecederaan dan kes telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya semalam.

via

0 comment... add one now