Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir ~ Nomad

Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir ~ Nomad: Nomad, penyanyi terkenal dengan lagu Tetap Menantimu berkongsi rasa sedih di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang diketahui umum begitu rapat dengannya.

Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir ~ Nomad

Menerusi akaun Instagramnya, Nomad memuatnaik gambarnya bersama Tunku Abdul Jalil yang pernah dimuatnaiknya ketika sambutan hari lahir Almarhum, Julai lalu dengan mesej yang menyayat hati.

"Innalillahiwainnailaihirojiun...Ya ALLAH, tempatkanlah sahabatku di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah.

"Saya sangat rindukan Ku (Tunku)... sangat rindu. Saya kehilangan bos saya, abang saya, raja saya. Kami sayang Ku.

"Ku, tunggu patik, Ku. Patik nak tengok Ku buat kali terakhir. Al-Fatihah," tulisnya, malam tadi.

Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir ~ Nomad

Sejak berita kemangkatannya tersebar malam tadi, laman sosial dibanjiri ucapan takziah dan rata-rata rakyat di negara ini terutama dari negeri Johor berduka atas kehilangan permata Johor itu.

Kira-kira tiga minggu lalu, Nomad ada memuatnaik gambarnya menziarahi Almarhum di hospital.

"Semoga cepat sembuh my boss, YAM TLJ, Tunku Jalil. Kami doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

"Kami rindu lawak Ku. 'Be strong Ku!," tulisnya.

Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir ~ Nomad

Tunku Abdul Jalil dilihat sering memuatnaik gambarnya beraktiviti bersama Nomad di laman Instagram.
Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir ~ Nomad
Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir ~ Nomad
Ku, Tunggu Patik Ku, Patik Nak Tengok Ku Buat Kali Terakhir ~ Nomad

Mangkat pada usia 25 tahun selepas menderita kanser hati tahap empat, Almarhum sempat menjalani rawatan pemindahan hati di China sebelum ini.

Inilah Malam Paling Sukar Buat Saya ~ Tunku Mahkota Johor

Putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ini terkenal dengan sifat mudah mesranya dan sangat disenangi rakyat jelata.

via
1.http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ku-tunggu-patik-1.459098
2, https://www.instagram.com/nomadaish88/

0 comment... add one now