Istana Umum Kemangkatan Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim

Istana Umum Kemangkatan Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim disahkan mangkat pada jam 7 malam tadi di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Istana Umum Kemangkatan Tunku Laksamana Johor

Pengumuman dibuat Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pada sidang media khas yang diadakan di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim, dekat Bukit Timbalan, sebentar tadi.

Menurut Abdul Rahim, jenazah Allahyarham akan diiring ke Istana Besar Johor Bahru dan disemayamkan di sana.

"Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan memulakan bacaan tahlil di bilik jenazah dan pada esok jam 7 pagi akan disempurnakan Istiadat Siram Jenazah dan Mengkafankan Jenazah.

"Jenazah kemudian akan disemayamkan di Petrana tujuh tingkat di Bilik Singgah Sana Istana Besar Johor," katanya.

Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor Meninggal Dunia

Tambah Abdul Rahim, bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, rakyat jelata dibenarkan untuk hadir memberikan penghormatan terakhir menggunakan pakaian sopan.

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim diputerakan pada 7 Julai 1990 di HSA.

Allahyarham adalah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Tunku Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Antarabangsa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Zaikarim Johor Bahru, sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan di sebuah universiti di United Kingdom selama dua tahun.

Allahyarham yang mesra dengan gelaran Lil pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011.

Tunku Abdul Jalil mula mendapatkan rawatan untuk penyakit kanser hati yang dihidapinya tahun lalu dan menjalani pembedahan pemindahan hati di China.

via

0 comment... add one now