RM510.25 Gaji Ditolak Kerana Pelanggan Cabut Lari Lepas Isi Minyak: Kepada semua pengguna kenderaan, andai anda ke stesen minyak dan ingin isi penuh, sila silalah bayar deposit dahulu.
Sesungguhnya anda takkan kehilangan nyawa hanya kerana membayar deposit. Punggung anda takkan terbakar kerana bayar deposit tu.
Kami, cashier takkan ambil duit anda. ya, mmg kami org susah, kerja hanya sebagai cashier stesen minyak, tapi kami bukan pencuri.
Jangan marah kami kerana meminta anda berbuat sedemikian. kami cuma buat kerja kami dan kami cuba utk mengelakkan gaji kami ditolak. walaupun kerja pam minyak je, tapi kami pun ada tanggungan.
Macam saya juga, dah berapa banyak gaji saya ditolak sbb org lari? sepanjang 10 bulan saya bekerja sebagai cashier, dah RM510.25 gaji saya ditolak.
Semuanya kerana customer yang cakap nak isi PENUH, tapi LARI TAK BAYAR. dah kejar, berenti sebelah dia kat traffic light, dia boleh sodok motor saya dan terus larikan diri.
Tolong lah. kita semua rakyat Malaysia. Kita semua terasa terbeban dengan GST, dengan kos sara hidup yg tinggi. Jadi saya merayu kepadabsemua pengguna kenderaan jalanraya sama ada kereta,motor,bas atau pun lori.
Tolong jangan aniaya kami. Kami ingin cari rezeki yg halal.
Kepada tuan punya kereta Myvi JJL 1564, saya minta maaf sekiranya anda rasa saya berkasar dengan anda.
Sekian, luahan hati dari seorang juruwang stesen minyak yang hina.
via
Zulfaqar Raqafluz
RM510.25 Gaji Ditolak Kerana Pelanggan Cabut Lari Lepas Isi Minyak
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →