Tindakan Bijak Wanita Bila Dia & Anak-Anak Diekori Suspek Penjenayah

Tindakan Bijak Wanita Bila Dia & Anak-Anak Diekori Suspek Penjenayah: Ikuti luahan kisah yang terjadi kepada diri seorang wanita dan anak-anaknya apabila diekori beberapa suspek penjenayah...

Tindakan Bijak Wanita Bila Dia & Anak-Anak Diekori Suspek Penjenayah

Kejadian 12.30pm kat AEON Seri Manjung.. Saya bawa hero2 dengan sahabat saya. Hajat nak belanja anak2 makan KFC. Mula mencurigakan bile sekumpulan lelaki non muslim dan warga asing amek order sekali tapi makan di meja berasingan, seolah2 tak kenal. 2 lelaki Cina/Thailand makan sebelah meja aku, mat saleh gagah perkasa belakang meja aku, sorang lagi jauh sikit,.

Sampai lah 2 orang sebelah aku ni mengintai2 kat meja aku. seriously x sedap hati sebab bawak anak2. aku keluarkan telefon acah2 call laki aku, suruh datang. yelah nak datang ape, nak solat Jumaat kan.. Aku lengahkan lagi mase,biar derang gerak. Tapi sampai dah habis makanan still tunggu jugak kat meja. Aku pon settle makan terus gerak. Dah la anak ligat, terpaksa la wat keras sebab x nak anak ligat kesana sini.

Pelik sebab dorg pon bangun lepas aku gerak ke kereta. Dah x pikir nak bayo parking terus masuk kerete. sangat terkejut sebab kat sebelah kerete aku ade mamat cam bangla tengah call someone n aku nampak mat salleh gagah perkasa n kuncu nye nek mercerdes putih kat tempat bayar parking.. aku syak derag tengah call sesame sendiri.. hati ni x tau la nak kata, marah sangat pon ade nak nangis pon ade pikir anak2. ok x pe aku start kete, laju aku keluar, dan terus 2 kereta tu follow ke aku. slow je, bangla tu naik Saga Aeroback buruk je, bukan maen laju dia,. cam nak block aku.

Menggelabah aku pikir cmne nak buat, finally aku park betul2 pintu masuk shopping complex, wat akal bayar, aku tengok mercerdes tu slow je lalu n usha aku, aku terus keluar hp n call ipd minta bantuan sebab setahu aku mane2 shopping complex mesti ade polis bantuan ronda. aku bagitau ada sekumpulan non muslim dan warga asing mencurigakan follow dari KFC sampai park kete.

Alhamdulillah security pon keluar, n disebabkan aku park tempat open camtu, n cepat2 call polis, maybe dorang dah agak yang aku tau plan dorang.. Syukur n lega sangat2.

Walau pon kita tak tau betul atau tak orang tu ade niat jahat, tapi gaya dia dah mencurigakan, nak kata aku pakai barang kemas mmg x de, kete pon x mewah dorang nak samun, tapi aku perhati derang mmg aim anak2 aku..

Korang plz alert dengan sekelililng, jangan korang pikir eh xde ape2 lah, sebab nyawa anak2 kite sekarang dalam genggam binatang2 yang nak kaya dengan cara mudah. dan please simpan no polis, trafik dan yang berkenaan.

Nampak mencurigakan, terus pegi tempat yang ramai orang. jangan tunggu kat parking. sebab kat situ ape pun dia boleh buat. masih fobia n saket hati sampai hari ni. aku share untuk ibubapa kt luar sane alert, dan sebab tu aku ni berkira nak bagi anak jalan2 dengan orang sebab aku tau anak aku ligat n tak semua orang boleh accept cara pemikiran aku. Biar pikir ape yg akan jadi, jangan pikir ia takkan terjadi.. Dah jadi nak bergaduh sesama sendiri pon tak guna..

via
Wandy Shawdy

0 comment... add one now