Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor Meninggal Dunia

Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor Meninggal Dunia: Al Fatihah...Menerusi laman instagram Tengku Ampuan Pahang, satu berita sedih baru saja dimuat naik berkenaan kemangkatan YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor pada jam 7.10 petang tadi (5hb.Dis 2015) di Hospital Sultanah Aminah.

Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor
Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor
Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor

Menurut info, jenazah allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.


Sementara itu, akaun instagram Tunku Idris Sultan Ibrahim memuat naik gambar yang menyentuh hati dengan bertajuk "My Brother, My Hero" bersama kapsyen "Love and miss you...always and forever.

Almarhum Tunku Abdul Jalil yang terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan begitu dekat dengan rakyat didiagnosis menghidap kanser 20 Ogos tahun lalu.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu..

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."

Semoga dilimpahi Allah akan rohnya dengan kerahmatan dan belas kasihanNya serta digolong bersama para anbiya', siddiqin, shuhada dan salihin. Al- fatihah.. Aamiinin

"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"

0 comment... add one now