Angin Kuat, Murid Cedera Di Hempap Dinding Dewan Sekolah

Angin Kuat, Murid Cedera Di Hempap Dinding Dewan Sekolah,ok: Seorang murid Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Jasin di sini, cedera dihempap struktur dinding kayu dewan sekolahnya, dipercayai akibat angin kencang, tengah hari tadi.

Angin Kuat, Murid Cedera Di Hempap Dinding Dewan

Dalam kejadian jam 12.46 tengah hari itu, Nurul Izati Amira Zakaria, 8, dipercayai dihempap dinding ketika melalui koridor berhampiran. Susulan kejadian itu, pihak sekolah mendapatkan perkhidmatan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Jasin sebelum membawa mangsa ke Hospital Jasin.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Abu Bakar Sahari, berkata mangsa ditemani guru pengiring sepanjang mendapat rawatan di hospital, selain sudah dimaklumkan kepada penjaganya.

"Di hospital, murid ini menjalani ujian sinar X (x-ray). Keadaannya stabil dan dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang ke rumah," katanya dalam satu kenyataan lapor Berita Harian.

Beliau berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin menunggu maklum balas Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah untuk mengesan punca kejadian.

Via
Berita Harian

0 comment... add one now