TAZKIRAH BUAT KITA YANG MASIH HIDUP

Tazkirah buat kita yg masih hidup...

TAZKIRAH BUAT KITA YANG MASIH HIDUP

Sayunya hati....Seorang Ustaz bercerita;
"Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yang kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11 tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yang baru berusia 11 tahun yang mulia ini.

Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu. Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas.

Yang menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya". Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya.

Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya. Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya, ''Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?''

Ibu saudaranya bertanya, ''kenapa?''
Anak kecil ini menjawab... dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung.

Ibu saudara mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini, semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yang along tinggalkan ini untuk ibu. Ibu gunalah untuk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yang nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yang cantik sahaja. Along sayang ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along tak nak ibu dibakar api neraka. Along nsayagkan ibu dan family kita semua. Sayang Ibu ....- ALONG"

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadaNya." Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yang sudi share cerita ini.

Selepas saya kafankan jenazah along, Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Ustaz Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor.
Wallaahu a'lam...

via
Imtiyaz Nazri

0 comment... add one now