Guru KAFA Di Belasah Polis Terima Ugutan Bunuh

Guru KAFA Di Belasah Polis Terima Ugutan Bunuh,ok: Seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (Kafa) yang didakwa dipukul oleh anggota polis menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.

Guru KAFA Di Belasah Polis Terima Ugutan Bunuh

Mohd Naim Zakaria, 30, berkata, dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor tidak dikenali pada Isnin, sekitar jam 9.43 pagi.

“Mesej itu antaranya mengandungi ugutan bunuh dan mengancam akan menyebabkan  saya kehilangan pekerjaan sebagai guru Kafa,” katanya pada sidang media, di pejabat DAP kedah, semalam.

Hadir sama, Adun Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok.

Mohd Naim berkata, dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum menerima dua lagi SMS pada jam 1.46 petang.

“Individu terbabit turut mempertikaikan tindakan saya sebagai seorang ustaz meminta pertolongan daripada wakil rakyat bukan beragama Islam. Dia dakwa dirinya bukan anggota polis namun turut serta dalam operasi sekatan jalan raya pada malam kejadian,” katanya sambil menunjukkan bukti SMS yang diterima.

Sementara itu, Boon Kok berkata, sebagai wakil rakyat, sudah menjadi tanggungjawab beliau memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

“DAP adalah parti berbilang kaum, kami membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berharap polis dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik nombor telefon terbabit.

Ahad lalu, dalam satu sidang media, Mohd Naim menyatakan dia membuat laporan polis pada 10 Februari di pondok polis Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) apabila dihambur kata-kata kesat selain dipukul sehingga mendatangkan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan dalam sebuah sekatan jalan raya di Gurun.

Susulan itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya mengesahkan polis sedang menyiapkan kertas siasatan dan menunggu laporan perubatan dari HSB.

Kes Mohd Naim disiasat mengikut Seksyen 323 dan 342 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 14 Undang-Undang Kesalahan Kecil 1995 dan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap anggota polis yang terlibat.

via
Sinar Harian

0 comment... add one now