9 Jeneral Perang Terhebat Islam

9 Jeneral Perang Terhebat Islam,ok! Semoga anda berjaya membacanya sehingga tamat!!!

9 Jeneral Perang Terhebat Islam-videoviral-

9 Jeneral Perang Terhebat Islam

1. Khalid bin Walid Khalid ibn Al-Walid. Adalah seorang panglima perang pada zaman pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termasyur dan di takuti di medan perang serta dijuluki sebagai Saifullah Al-Maslul (Pedang ALLAH Yang Terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-panglima perang yang tidak pernah kalah sepanjang kariernya dalam ketamadunan ketenteraan Islam.


2. Muhammad Al-Fatih (Mehmed ll). Sultan Mehmed II atau juga dikenali sebagai El-Fatih (Sang Penaluk). Kejayaannya dalam menakluk konstantinopal menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului zamannya dan juga pemilihan tenteranya. Beliau merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.


3. Salahuddin Ayyubi (Saladin) Salahuddin Ayubi atau Saladin atau Salah Ad-Din. Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dan Tikrit (Daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristian kerana kepimpinan, kekuatan tentera dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang menentang tentera salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud.


4. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara paling awal memeluk Islam. Beliau ikut berhijrah ke Habsyah (Ithopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Beliau mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang menentang kerajaan Rom. Beliau meningal dunia disebabkan oleh wabak penyakit.


5. Sa'ad bin Abi Waqqas.
Beliau merupakan salah seorang yang awal memeluk Islam dan salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan tentera Islam menentang tentera Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan peperangaan terbesar umat Islam.


6. Tariq bin Ziyad.

Thariq bin Ziyad (670- 720) dikenal dalam sejarah Spanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto. (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M.

Musim panas tahun 711 M (92 H), Thariq bin Ziyad berangkat menuju Al-Andalus. Pada tarikh 29 April 711, pasukan Thariq mendarat di Gibraltar (nama Gibraltar berasal dari bahasa Arab, Jabal Tariq yang artinya Gunung Thariq). Setelah mendarat, Thariq memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berpidato di depan anak buahnya untuk membangkitkan semangat mereka:

أيّها الناس، أين المفر؟ البحر من ورائكم، والعدوّ أمامكم، وليس لكم والله إلا الصدق والصبر...

"Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran."

Pasukan Tariq menyerbu wilayah Andalusia dan di musim panas tahun 711 berhasil meraih kemenangan yang menentukan atas kerajaan Visigoth, di mana rajanya, Roderick terbunuh pada tanggal 19 Julai 711 dalam pertempuran Guadalete. Setelah itu, Thariq menjadi gabenor wilayah Andalusia sebelum akhirnya dipanggil pulang ke Damaskus oleh Khalifah Walid I.


7. Syurahbil bin Hasanah.
Beliau merupakan sahabat Nabi Muhammad saw. Salah seorang panglima terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan panglima lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.


8. Abdullah bin Aamir.
Beliau adalah gabenor Busrha (647 - 656) dan merupakan panglima perang tentera yang sangat berjaya pada pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan Islam.


9. Amru bin Ash.
Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad saw dan kaum Muslim, namun memeluk Islam bersama Khalid bin Walid. 6 bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah saw menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Beliau adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang. Beliau adalah panglima perang yang menakluk Baitu Maqqadis dan Mesir dari cengkaman tentera Rom. Beliau dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Othman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak.

Ihsan komen dari
Joe Sparrow
Pic dari FB Pondok Quran Peduli

0 comment... add one now