Khasiat Lemon Yang Perlu Anda Tahu

Khasiat Lemon Yang Perlu Anda Tahu,ok: Lemon, warnanya yang kekuningan memang sangat menarik....namun begitu, mungkin ada juga yang masih belum mengetahui khasiat buah yang mengandungi herba detoks. Kini ramai yang menjadikannya sebagai minuman rutin dengan meminumnya bersama air panas.


Lemon sebagai mana diketahui, ia boleh membersihkan tubuh daripada racun yang terkumpul setiap hari serta meningkatkan fungsi sistem pencernaan tubuh.

Menurut Keri Glassman, pakar pemakanan yang juga penulis kesihatan melakukan kebiasaan ini mengatakan kepada ABC News Radio, “Segelas air lemon panas sebelum sarapan tidak hanya dapat membantu anda tetap terhidrasi, tetapi juga dapat meningkatkan pencernaan dan menetapkan nafsu makan yang terlalu aktif.

Dana James, pelatih pemakanan juga berpendapat, air lemon telah menunjukkan sifat semula jadi yang menakjubkan untuk pembersihan. Ia mempunyai kemampuan untuk meningkatkan detoksifikasi kerana kepahitan lemon ini akan mengaktifkan aliran hempedu, membantu emulsi dan mengeluarkan racun yang larut dalam lemak . Oleh itu ia menjadi penyebab yang cukup untuk memulakan terapi minum air lemon.

Namun, satu hal yang perlu diingat ketika menyediakan segelas air lemon, yang menyebabkan semua orang biasanya terlupa – menambah beberapa hirisan serta parutan kulit lemon. Ia akan memberikan anda manfaat kesihatan maksimum kerana “kulit lemon mengandungi limonin flavonoid, dan di situlah sifat detox berasal,” jelas James.

Oleh itu, ketika anda mempersiapkan segelas air lemon panas, pastikan anda menambah sekurang-kurangnya setengah sudu teh kulit parutan lemon. Dengan demikian anda memanfaatkan semua manfaat dari lemon secara maksimum.

Dibawah 8 manafaat meminum air lemon

1. Membersihkan kulit
Salah satu alasan yang meyakinkan untuk minum air lemon adalah ia dapat membantu menjaga kesihatan kulit. Air lemon itu sendiri dapat membantu membuang racun, manakala vitamin C dalam lemon membantu pembersihan racun dari darah kita untuk menghilangkan noda dan mengurangi garis-garis halus dan kerutan diwajah.

2. Menyeimbangkan pH tubuh
Air lemon dapat menyeimbangkan pH dalam tubuh Anda. Memang lemon agak masam sedkit,tetapi ia mampu memberi kesan yang menakjubkan pada tubuh kita. Selain itu, lemon turut menjaga pH tubuh seimbang dan mencegah munculnya virus dan bakteria jahat di tubuh.

3. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Kalium dalam jus lemon membantu mengawal tekanan darah, merangsang fungsi otak dan saraf dan menambah zat vitamin C. Jika anda jatuh sakit,cubalah dengan jus lemon yang ditambah satu sudu madu.

4. Turunkan berat badan
Air lemon juga membantu dalam penurunan berat badan Meminum minuman ini dengan perbuatan rutin mampu membantu diri anda cepat kurus. Disamping itu,minum air lemon membantu meningkatkan metabolisme badan.

5. Menenangkan perut dari alkohol
Secangkir air lemon hangat dapat membantu menenangkan perut anda, Dengan meminum air lemon hangat, ia dapat bertindak sebagai antiseptik dan membantu detoksifikasi sistem anda dari semua minuman keras itu!

6. Menyegarkan nafas
Kita sekarang tahu bahwa air lemon memiliki banyak manfaat,dan salah satu keuntungan lainnya adalah membantu menyegarkan nafas kita! Ini benar-benar efektif selepas anda makan makanan pedas atau sesudah merokok.

7. Meningkatkan fungsi sistem otak
Salah satu dari kesan tabiat meminum air lemon ialah, ia mengandungi banyak kalium. Rendahnya kandungan kalium dalam badan sebenarnya berhubungan dengan sifat pelupa, kerap rasa cemas,dan melemahkan fungsi sistem otak.

8. Membantu masalah pernafasan
Jika Anda mengalami masalah pernafasan seperti infeksi atau asma,air lemon merupakan minuman yang ideal untuk anda! Air lemon memiliki sifat anti bakteria dan membantu menyingkirkan infeksi dada serta mengurangi batuk. Air lemon juga dikatakan sebagai ubat untuk membantu mengurangkan gejala alergik kerana ia mampu menjaga tubuh lebih seimbang.

0 comment... add one now