Kisah Teguran dari Allah SWT

TEGURAN DARI ALLAH....

 Kisah Teguran dari Allah SWT

Hari ini seperti tahun-tahun yang lepas mama melawat pusara adam sempena ulang tahun perkahwinan mama.

Rindunya pada adam tak terkira. Bila mama rindu adam mama akan kepusara Adam sambil bersihkan pusara Adam. Rasa tenang jiwa bila dapat melawat pusara Adam. Alhamdulillah pusara Adam bersih walaupun hanya dikelilingi serpihan simen.

Kisah Teguran dari Allah SWT

Dulu kami pernah tempah binaan untuk diletakkan atas pusara Adam dan simen untuk letak binaan dikuburan Adam pun dah disimen si tukang buat hiasan tu. Namun semuanya kami pecahkan balik.

Kisahnya bermula bila kami suami isteri mimpi benda yang sama setiap malam. Hampir satu minggu mimpi yang sama.masa tu kami bakal mengerjakan umrah lagi 2 minggu. Makin dekat nak pergi umrah makin kuat pula mimpi kami.

Setiap malam Adam hadir dalam mimpi Adam seakan ingin memberitahu sesuatu. Adam menangis dan bersedih. Selama hampir satu minggu mimpi benda yang sama.disebabkan rasa tak sedap hati kami ke jabatan agama berjumpa dengan seorang ustaz yang arif bab ini.

Bila diceritakan ustaz tu menasihatkan kami untuk batalkan niat kami untuk cantikkan kubur Adam kerana menurutnya tak elok dibuat ditambah pula Adam bayi kecil yang tiada dosa dah tentu SYURGA buatnya.

Atas nasihat ustaz tersebut kami suami isteri pun sepakat untuk pecahkan simen dan batalkan niat untuk cantikkan kubur adam..segala apa yang dah dibayar kami halalkan..

Selepas beberapa hari berlaku peristiwa pecah memecah simen dikubur, Adam hadir sekali lagi dalam mimpi kami. Tapi kali ini mimpinya tersenyum memakai jubah putih dengan wajah yang sangat berseri..

Alhamdulillah sebelum ini kami tidak tahu menahu hukum buat binaan di perkuburan tapi disebabkan teguran melalui mimpi kami menyedarinya sebelum terlewat. Terima kasih padamu Ya Allah kerana menyedarkan kami dan hadirkan arwah Adam dalam mimpi kami.

(Apa yang diceritakan berdasarkan apa yang berlaku dalam hidup kami.sekadar untuk perkongsian bersama.terpulang pada individu untuk mempercayainya atau tidak.tiada paksaan ...)

 Kisah Teguran dari Allah SWT

LARANGAN MEMBUAT HIASAN KUBUR
Dalam sebuah hadis ada menyebut maksudnya: "Nabi SAW menegah daripada membina tembok di atas kubur, tinggal di atasnya, membuat binaan dan menulis di atasnya." (Riwayat al-Tarmizi). Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri –radhiyallahu ‘anhu- yang menceritakan;

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُبْنَى عَلَى الْقَبْرِ

“Sesungguhnya Nabi–sallallahu ‘alaihi wasallam- menegah dari membuat binaan di atas kubur” (Riwayat Imam Ibnu Majah dengan sanad yang soheh). Pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat) membuat binaan di atas kubur adalah makruh. Mereka memahami larangan Nabi dalam hadis di atas sebagai larangan makruh, bukan larangan haram.

Kecualilah jika tanah perkuburan tersebut adalah tanah wakaf awam (yakni bukan milik persendirian), maka haramlah membuat binaan di atas kubur kerana akan menghalang orang lain dari menggunakannya di kemudian hari sedangkan tanah perkuburan itu adalah milik bersama. Begitu juga, haram membuat binaan jika dengan tujuan berbangga-bangga dan menghias-hias kubur. Hukum haram ini telah disepakati oleh ulamak. Jadi, hukum makruh yang dimaksudkan oleh jumhur itu ialah apabila binaan dibuat hanya bertujuan memperkemaskan kubur atau memperelokkannya.

Bagi kubur milik persendirian, sebahagian ulamak (iaitulah ulamak-ulamak mazhab Malik) mengharuskan membuat binaan sederhana di keliling kubur (bukan di atasnya) iaitu sekadar untuk membezakan satu kubur dari satu kubur yang lain. Adapun kubur wakaf tidak diharuskan sebarang binaan (sama ada di atasnya atau di sekelilingnya) atas alasan tadi.

Apa yang menjadi Sunnah Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- ialah kubur tidak ditinggikan melainkan sekadar satu hasta sahaja iaitu untuk dikenali bahawa itu adalah kubur supaya dijaga kehormatannya dari dipijak, dibuang najis atau sebagainya. Dalam kitab Soheh Imam al-Bukhari, terdapat riwayat dari Sufyan at-Tammar yang menceritakan;

أنه رأى قبر النبي صلى الله عليه وسلم مسنما.

“Ia melihat kubur Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- tingginya hanya sekadar tinggi bonggol unta sahaja” (Soheh al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, bab Ma Ja-a Fi Qabr an-Nabiy wa Abi Bakr wa ‘Umar).
Ketika Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- mengkebumikan jenazah seorang sahabat bernama Usman bin Madz’un –radhiyallahu ‘anhu-, baginda hanya meletakkan tanda di kuburnya dengan seketul batu sahaja di bahagian kepalanya dan baginda bersabda;

"أتعلم بها قبر أخي، وأدفن إليه من مات من أهلي"

“Supaya aku mengenali dengan tanda batu ini kubur saudaraku dan agar aku dapat mengkebumikan di tepinya sesiapa yang mati dari ahli keluargaku” (Sunan Abi Daud, kitab al-Janaiz, bab Fi Jam’ie al-Mauta Fi al-Qabr wa al-Qabr yu’allam).

Mengenai tulisan di kubur, pandangan ulamak juga sebagaimana di atas iaitu ada ulamak yang mengharamkannya dan jumhur ulamak memakruhkannya. Terdapat hadis dari Jabir bin ‘Abdillah –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan;

نهى رَسُول اللَّهِ صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسلَّمْ أن يكتب على القبر شيء.

“Rasulullah menegah dari menulis sesuatu di atas kubur” (Riwayat Imam Ibnu Majah)
Di dalam hadis yang lain;

نهى رسول الله - صلى الله عليه وسلم - عن تجصيص القبور، والكتابة فيها، والبناء عليها، والجلوس عليها

“Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, membuat tulisan padanya, membuat binaan di atasnya dan duduk di atasnya” (Riwayat al-Hakim darim Jabir).

Adapun menulis ayat-ayat al-Quran di kubur, ulamak-ulamak mazhab Malik menegaskan selayaknya perbuatan tersebut diharamkan kerana ia membawa kepada merendah-rendahkan al-Quran lama kelamaan dan terjatuh ayat-ayat al-Quran ke tempat berpijak kaki manusia.
Wallahu a’lam.

via
AHMAD ADAM Syukri

0 comment... add one now