Lelaki Pukul Isteri Guna Kasut Di Tahan Polis

Lelaki Pukul Isteri Guna Kasut Di Tahan Polis, Punca Sebenar Di Dedahkan,ok: Lelaki yang memukul isterinya menggunakan kasut di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Ayer Hitam, ditahan polis di kediamannya di Taman Sri Kluang, Kluang kira-kira 7.30 malam semalam.

Lelaki Pukul Isteri Guna Kasut Di Tahan Polis, Punca Sebenar Di Dedahkan

Menurut kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad, penahan itu hasil daripada maklumat orang awam yang mengecam kenderaan lelaki berusia 44 tahun itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati isteri dan anak perempuannya yang berusia 39 dan 17 tahun itu dalam perjalanan dari Kluang ke Johor Bahru.

"Ketika melalui jalan berhampiran Plaza Tol Ayer Hitam, berlaku sedikit perbalahan antara pasangan terbabit. Siatan awal mendapati lelaki terbabit bertindak memukul isterinya kerana membebel disebabkan masalah kewangan, " katanya.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman bermula hari ini sehingga Khamis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.

Dalam kejadian jumaat lalu, tindakan lelaki memukul isterinya menggunakan kasut di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Air Hitam menjadi viral di laman sosial.

Video itu turut mencetuskan kemarahan pengguna laman sosial apabila tindakan lelaki terbabit dianggap keterlaluan.



Suami pukul isteri tepi jalan...memalukan betul laaa...(errr dia pakai kopiah ke topi tuu)Lokasi: Tidak diketahui....~Gamaknya x puas cuti lagi kot...hahaha
Posted by Video Viral on Friday, 12 February 2016


via

0 comment... add one now