Rakyat Malaysia Kufur Nikmat?

Rakyat Malaysia Kufur Nikmat?,ok: Di bawah merupakan satu petikan dari tulisan seorang hamba Allah, mengenai luahan sahabat beliau dari negara jiran, Singapura bilamana kos klinik di Malaysia hanya dikenakan RM1 berbanding dengan kos di Singapura...

Rakyat Malaysia Kufur Nikmat?

Saya menerima mesej inbox dari sahabat saya seorang warga Singapura.  Beliau nyata amat hairan dengan sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat.

Di Singapura untuk hadir ke Jabatan Kecemasan hospital kerajaan saja bayarannya adalah sebanyak $115 Sing Dollar. Jika ditukar kepada nilai matawang hari ini, ia adalah sebanyak RM 345.

$115 dollar ini akan hanya cover untuk Consultation, blood test biasa, X-ray biasa (bukan CT Scan) dan ubat2an biasa seperti ubat batuk, Panadol dan sebagai sahaja. Jika perlu CT scan atau ubat2an mahal, perlu dibuat pembayaran tambahan yg berasingan.

Rakyat Malaysia Kufur Nikmat?

Rakyat boleh memilih untuk pergi ke poliklinik kerajaan Singapura yang hanya beroperasi pada waktu pejabat. Bayaran hanya untuk consultation doktor saja adalah sebanyak $11.80 hingga $23.50 dollar. Tak termasuk lagi bayaran utk x-ray, ujian darah, ubat2an etc.

Di negara kita, rakyat hanya bayar RM 1, tetapi dapat berjumpa doktor termasuk doktor pakar seperti saya, menjalani ujian darah, dibuat X-ray segala bagai hingga CT scan jika perlu dan dibekalkan ubat2an yang mahal2 hingga ada yang bernilai RM 5.6K seperti Metalyse sewaktu serangan jantung!

Sahabat saya warga Singapura berasa sungguh aneh dengan sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat. Sudahlah murah, namun depa mahu free. Segala2nya disalahkan kerajaan. Sembelit waktu pagi pun maki PM dan kerajaan agaknya.

Kisah ini dimuatkan ramai pihak di laman facbook dengan menggunakan hashtag,"‪#‎WARGA_SINGAPURA_MENYERU_KITA_BERSYUKUR‬"

0 comment... add one now