Suami Belasah Isteri Hingga Maut

Suami Belasah Isteri Hingga Maut,ok: Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki memukul isterinya hingga maut di kediaman mereka di Kampung Baru Sungai Pelek, Sabtu lalu.

Suami Belasah Isteri Hingga Maut
Lokasi suami belasah isteri hingga maut

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata, suspek yang berusia 34 tahun sedang mabuk bersama isteri, 33, dan seorang rakannya kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, tiba-tiba suspek memarahi dan memukul isterinya hingga pengsan.

“Rakan suspek cuba halang suspek, namun gagal selepas dia ditolak dan dihalau, selain diingatkan supaya tidak campur urusan rumah tangga mereka,” katanya.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia keesokan harinya di sebuah klinik di Sungai Pelek.

Mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera pada pangkal lengan kanan, peha kanan dan kiri, pangkal kaki kiri dan kanan, kesan luka pada lutut kiri dan kanan serta kesan calar di leher .

“Dalam soal siasat, suspek mengaku memukul isterinya kerana menghinanya kerana dia tiada pekerjaan tetap dan hanya bekerja mengutip sampah.

“Polis ke rumah mangsa dan menemui sehelai baju-T yang terdapat kesan koyak dan tompokan darah,” katanya.

via
Sinar Harian

0 comment... add one now