APM Gantung Modul Campak Ular Dalam Kolam

APM Gantung Modul Campak Ular Dalam Kolam: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggantung serta merta modul pembinaan kumpulan murid yang digunakan mereka bagi menyiasat sama ada terdapat pelanggaran operasi prosedur standard (SOP) selepas satu video berkaitan latihan menggunakan modul itu menjadi viral di media sosial sejak semalam.

APM Gantung Modul Campak Ular Dalam Kolam

Video itu mengundang amarah ‘netizen’ kerana ada yang mencampak ular ke dalam kolam dimasuki murid menyebabkan mereka ketakutan dan difahamkan kejadian berlaku di Kuala Kangsar.

Kolonel Pertahanan Awam (PA) Negeri, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat mengenai penggunaan ular dalam latihan yang dilakukan oleh pengurusan APM.

Katanya, APM sudah menjalankan modul latihan untuk membina jati diri murid dan pelajar lebih dari 10 siri sejak tiga tahun lalu namun kejadian pengunaan ular pada program itu adalah pertama kali berlaku.

“€œJadi kita musykil mengapa pihak pengurusan berkenaan menggunakan pendekatan itu kerana kita melarang sama sekali anggota bermain ular atau membuat pertunjukan permainan ular.

“APM amat menitik beratkan keselamatan peserta dan sangat berduka cita mengenai kejadian berkenaan walaupun semua peserta berada dalam keadaan sihat serta selamat,” katanya.

Beliau berkata, antara tujuan program berkenaan dilakukan adalah untuk mengukur tahap kerja, kerjasama dalam kumpulan, pematuhan arahan dan lain-lain seperti yang dipohon.

Dalam rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu kelihatan sekumpulan murid perempuan yang berpakaian sukan lengkap melakukan latihan meredah kolam air berselut yang dicampakkan ular serta dipaksa meredah kawasan itu selain turut di siram air dan disergah supaya memberanikan diri menghadapi ujian yang diberikan itu.

Kelihatan ada diantara mereka yang panik, ketakutan dan menangis.



via
http://www.hmetro.com.my/node/174735

0 comment... add one now