Viral Pendekar Cangkul Serang Petugas SAJ di Kg Melayu Kulai

Viral Pendekar Cangkul Serang Petugas SAJ di Kg Melayu Kulai: Malam tadi, viral beberapa keping gambar dan video mengenai petugas Syarikat Air Johor (SAJ) yang diserang oleh dua orang lelaki yang mana salah seorangnya digelar netizen "Pendekar Cangkul:.

Viral Pendekar Cangkul Serang Petugas SAJ di Kg Melayu Kulai

Menurut info yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Kapten Ben, pihak kontraktor SAJ dah 3 kali datang kerumah tersebut dengan niat membantu mereka mengelakkan air dari dipotong, namun kedatangan kali ke empat untuk membuka meter, mereka telah diserang lelaki tersebut.
.
Viral Pendekar Cangkul Serang Petugas SAJ di Kg Melayu Kulai

Viral Pendekar Cangkul Serang Petugas SAJ di Kg Melayu Kulai

Viral Pendekar Cangkul Serang Petugas SAJ di Kg Melayu Kulai

Ramai netizen menganggap perbuatan mereka tidak wajar, apatah lagi bertindak mengasari petugas tersebut. Sepatutnya isu ini boleh diselesaikan dengan cara baik. Apapun perkara dah berlaku, kita tunggu perkembangan selajnutnya nanti.

UPDATE: Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki memukul dan mengugut seorang individu dipercayai kakitangan SAJ Holdings Sdn Bhd (SAJ) selepas video insiden itu viral di laman sosial Facebook (FB) hari ini.

Video berdurasi 15 saat itu yang mula tersebar sejak jam 4 petang tadi memaparkan seorang lelaki memakai jaket SAJ yang berada di atas motosikal ditumbuk di muka oleh seorang lelaki, manakala seorang lagi menendang dan merampas topi keledar mangsa.

Ia dipercayai berlaku apabila lelaki berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan SAJ itu memotong bekalan air di kawasan Kampung Melayu Kulai.

Kejadian itu dipercayai dirakam seorang lagi kakitangan SAJ bertugas, yang mana suspek dilihat turut menuju ke arahnya sebelum rakaman ditamatkan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden terbabit.

Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun yang sama kerana melakukan ugutan.

Sementara itu, jurucakap SAJ memaklumkan mereka hanya menyedari kejadian itu selepas melihat video berkenaan dalam laman sosial.

"Kami masih menyiasat perkara ini kerana sehingga kini kami tidak menerima apa-apa laporan daripada mangsa walaupun difahamkan laporan polis sudah dibuat," katanya.-Sumber:Harian Metro

Seterusnya video dibawah.



0 comment... add one now