Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara: Kashmir merupakan sebuah wilayah kecil terletak di barat laut benua kecil India. Kashmir merujuk kepada lembah yang terletak antara Banjaran Himalaya dan Banjaran Pir Panjal di kawasan paling utara negara India.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Lembah ini berasal dari sebuah lembah ‘air’. Perkataan ‘Ka’ membawa maksud ‘air’, manakala perkataan ‘Shimir’ membawa maksud “yang dikeringkan’’. Maka, Kashmir membawa maksud ‘lembah yang dikeringkan airnya’.

Terdapat juga teori yang menyatakan lembah Kashmir ini berasal dari Tasik Satisar yang telah dikeringkan airnya.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Pada masa ini, Kashmir terbahagi kepada:

Jammu dan Kashmir yang ditadbir oleh India, meliputi lembah Kashmir serta Jammu dan Ladakh.

Kawasan-kawasan Utara (Northern Areas) dan Azad Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan, dan;

Rantau Aksai Chin dan Laluan Trans-Karakoram yang ditadbir oleh China.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Walaupun, kawasan-kawasan tersebut dikuasai oleh ketiga-tiga negara terbabit, tetapi India mahupun Pakistan tidak pernah mengiktiraf pemilikan antara satu sama lain ke atas kawasan- kawasan yang menjadi pertikaian.

India mendakwa kawasan-kawasan, termasuk kawasan yang diserahkan oleh Pakistan kepada China iaitu Laluan Trans-Karakoram pada tahun 1963, adalah sebahagian daripada wilayahnya, manakala Pakistan pula menuntut keseluruhan kawasan Kashmir kecuali Aksai Chin dan Laluan Trans-Karakoram.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Pada zaman dahulu, Kashmir menjadi pusat penting bagi agama Hindu diikuti agama Buddha, sebelum lahir ajaran Kashmir Shaivism di abad kesembilan.

Pada tahun 1349, Shah Mirza, menjadi pemerintah Islam pertama di Kashmir dan memulakan susur-galur pemerintahan Salatin-i-Kashmir.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Sejak itu, selama lima abad Kashmir diperintah oleh kerajaan monarki Islam, termasuk kerajaan Mogul, yang memerintah sehingga tahun 1751, diikuti kerajaan Afghan Durranis, yang memerintah sehingga tahun 1820, sebelum ditawan oleh kerajaan Sikh di bawah Ranjit Singh.

Pada tahun 1846, selepas membeli wilayah ini daripada British di bawah Perjanjian Amritsar, kerajaan Dogra di bawah Gulab Singh, menjadi pemerintah Kashmir yang baru. Pemerintahan Dogra yang menjadi wakil kepada Raja Britain, tamat pada tahun 1947, apabila negeri bangsawan ini kemudian menjadi wilayah yang bergolak dan ditadbir oleh tiga negara: India, Pakistan, dan China.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Sejarah Awal Kashmir

Maharaja Mauryan, Ashoka dikatakan merupakan orang yang bertanggungjawab membuka bandar Srinagar, yang kini merupakan ibu negeri Jammu dan Kashmir. Pada masa itu, Kashmir merupakan pusat pendidikan bagi agama Buddha.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Berikutan berkembangnya pemerintahan Islam mulai tahun 1349, Islam menjadi agama dominan di Kashmir. Pada masa itu, penganut agama Islam dan Hindu di Kashmir hidup secara harmoni, memandangkan cara hidup sufi di Kashmir yang diamalkan dalam ajaran Islam melengkapi tradisi Rishi yang diamalkan oleh Pendita-Pendita Kashmir.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Bagaimanapun, setelah beberapa lama kerajaan Sufi memerintah Kashmir, ia digantikan dengan kerajaan monarki Islam apabila Akbar Khan menakluk Kashmir pada 1588.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Menjelang awal abad ke-19, lembah Kashmir telah melalui beberapa pemerintahan, didahului dengan Empayar Durrani di Afghanistan, dan kemudian di bawah pemerintahan Islam Mogul dan Afghan selama empat abad, sehingga kepada penaklukan oleh tentera Sikh pada awal abad ke-16.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Selepas berlaku pemberontakan India pada tahun 1857, apabila Kashmir menyokong British, negeri Kashmir kemudian diletakkan di bawah naungan Raja British.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Maharaja Hari Singh, yang menaiki takhta Kashmir pada tahun 1925 telah memerintah Kashmir sehinggalah kerajaan monarki Sikh itu dijadikan sebagai sebahagian daripada jajahan British sehingga tahun 1947 sebelum terjebak dengan pergolakan selepas Pemisahan Jajahan British India yang membawa pembentukan dua negara iaitu India dan Pakistan.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Selepas pembentukan negara Pakistan yang terpisah daripada India, kedua-dua negara India dan Pakistan telah bersetuju supaya pemerintah Kashmir diberi hak, sama ada mahu menyertai Pakistan atau India. Naungan British di Kashmir berakhir pada 14 Ogos, 1947.

Ekonomi di Kashmir

Pelancongan merupakan salah satu daripada sumber pendapatan utama penduduk Kashmir.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Skardu di Kawasan Utara, merupakan tapak pendaki-pendaki gunung berlepas untuk ekspedisi pendakian di Karakorams. Ekonomi Kashmir tertumpu kepada kegiatan pertanian. Tanaman utama penduduk Kashmir adalah padi yang merupakan makanan ruji penduduk Kashmir.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Kashmir sejak zaman silam terkenal sebagai pengeluar bulu kambing Cashmere yang dieksport ke seluruh dunia. Kashmir juga terkenal sebagai pengeluar barangan kraftangan seperti selendang, permaidani sutera, permaidani tebal dan tembikar.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Srinagar pula dikenali sebagai pusat barangan perak, gam, ukiran kayu dan tenunan sutera.

Ekonomi Kashmir terjejas teruk pada tahun 2005 apabila berlaku gempa bumi besar pada 8 Oktober, 2005, yang mengakibatkan lebih 70,000 orang mati di kawasan yang dikuasai oleh Pakistan manakala 1,500 lagi mati di kawasan Kashmir yang dikuasai India.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Pada abad ke-19, Kashmir terkenal sebagai pusat pelancongan kerana cuacanya yang sejuk.

Selain Srinagar, bandar Rawalakot adalah satu lagi kawasan yang popular di Kashmir.

Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara
Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara
Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara
Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara
Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara
Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara
Kashmir, Syurga Dunia Rebutan 2 Negara

Selain tu, anda bole juga saksikan keindahan Kashmir yang dipapar menerusi filem Bajrangi Bhaijaan...btw, citer sedih ni bai...:)

via
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_12.htm

0 comment... add one now