KESAS Jawab Kes Tali Rentang Di Laluan Motorsikal

KESAS Jawab Kes Tali Rentang Di Laluan Motorsikal: Penunggang motosikal dibenarkan menggunakan laluan utama Lebuh Raya Shah Alam (LSA) selepas pukul 11 malam sehingga 6 pagi selepas pihak keselamatan KESAS menggagalkan cubaan sabotaj pada Jumaat.


KESAS dalam kenyataannya berkata, perbuatan khianat itu berlaku di lorong motosikal LSA yang dikesan oleh pasukan KESAS Ronda kira-kira pukul 5 pagi pada 21 Oktober lalu ketika melakukan rondaan rutin.

Pasukan ronda tersebut menemukan seutas dawai yang dipasang secara melintang di terowong motosikal, dipercayai bertujuan untuk menyamun penunggang motosikal.

"Tindakan pantas pihak KESAS Ronda berjaya menggagalkan cubaan sabotaj ke atas pengguna lorong motosikal oleh individu tidak bertanggungjawab.

"KESAS juga telah membuat satu laporan polis untuk tindakan lanjut," tambah kenyatan itu.

KESAS Jawab Kes Tali Rentang Di Laluan Motorsikal

Sejak Jumaat, netizen yang menggunakan laluan motosikal menyuarakan kebimbangan susulan penyebaran gambar dipercayai dawai yang dipasang secara melintang di laluan motosikal yang dikaitkan dengan taktik samun terbaharu.

Berdasarkan maklumat di laman Facebook, gambar itu dipercayai diambil di laluan terowong motosikal Lebuh Raya KESAS dengan kapsyen bertulis "Cubaan samun rentang dawai sebelum tunnel (terowong)".

Susulan penyebaran gambar tersebut, ramai netizen meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

KESAS Jawab Kes Tali Rentang Di Laluan Motorsikal

Kejadian berlaku kepada Anggota Ronda KESAS yg bertugas membuat Rondaan di lorong motosikal pada jam l/kurang 5.35 pagi pada 21.10.2016.

Ringkasan kejadian adalah seperti berikut :
Laporan ▶ Anggota Ronda Kesas cedera ringan dileher akibat terkena dawai direntang semasa rondaan, dipercayai perbuatan cubaan samun.
Tarikh : 21/10/2016
Masa : lebih kurang 0535hrs
Lokasi : km49.7 terowong motorsikal awan kecil arah timur
(Arah KL)

Rondaan yg dilakukan adalah Rondaan rutin yg dijalankan bagi memastikan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna terjamin disamping menjaga aset syarikat.

Penunggang motosikal juga adalah dibenarkan menggunakan laluan utama Dari jam 1100 mlm hingga 0600 pagi atas tujuan keselamatan.

Syukur kejadian cubaan sabotaj kepada pengguna lorong motosikal Kesas Highway dapat digagalkan walaupun mengakibatkan kecederaan kpd anggota Ronda Kesas.

Kami akan sentiasa memantau kegiatan ini laporan polis telah pun dibuat untuk tindakan lanjut.

Harap maklum

via
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/10/22/kesas-cubaan-sabotaj/

0 comment... add one now