Lagi Kes Stereng Perodua Axia Tiba-Tiba Lock Sehingga Kereta Terbalik

Lagi Kes Stereng Perodua Axia Tiba-Tiba Lock Sehingga Kereta Terbalik,ok? | Sekali lagi viral kes kereta Perodua Axia yang didakwa terbalik kerana sterengnya tiba2 menjadi "auto lock". Mengikut nombor plat kereta Perodua Axia tersebut, kami rasakan ianya berlaku di Sabah/Sarawak. Namun kesahihan info berkenaan masih belum dapat dipastikan lagi.

Sebelum ini, seorang pengguna Axia di Pulau Pinang pernah mendakwa stereng kereta Perodua Axia miliknya tiba-tiba terkunci sebelum dia membrek, namun ianya dinafikan oleh pihak Perodua yang mendakwa kejadian berkenaan berpunca dari tayar kenderaannya yang telah haus.

Lagi Kes Stereng Perodua Axia Tiba-Tiba Lock Sehingga Kereta Terbalik

Selain itu, seorang jurutera Perodua juga mendakwa, ketiadaan sistem brek ABS menjadi punca sebenar kereta yang didakwa menjadi "stereng lock".

"Saya terpanggil untuk menjelaskan tentang isu steering Axia terkunci sehingga menyebabkan kemalangan. Saya adalah seorang pekerja Perodua & saya selalu berurusan dgn perkara2 berkaitan teknikal. Dengan background engineering sedikit sebanyak saya faham konsep sistem keselamatan sesebuah kenderaan. Utk kes yg viral baru2 ini boleh saya simpulkan kereta yg terlibat tdk memiliki ciri sistem brek ABS. Apabila kereta yg tdk memiliki ABS membuat brek secara mengejut automatik tayar hadapan akan terkunci lalu menyebabkan kereta mengelongsor kehadapan tanpa boleh dikawal. Ini menyebabkan steering seolah2 terkunci disebabkan kedudukan tayar hadapan yg telah terkunci pergerakannya. Jika berada diselekoh boleh menyebabkan kereta terbabas ke divider. Tiada apa yg boleh dibuat oleh pemandu utk mengawal kenderaan semula. Cuba lihat video yg di link sbg contoh apa yg bakal berlaku jika kereta anda tidak memiliki sistem ABS."~ Mohd Shukri Ismail

Apapun, kita tunggu penjelasan lagi dari pemilik kenderaan ini dahulu dan dari Perodua nanti...

0 comment... add one now