[Video] Lelakki Pikul Jenazah Isteri Sejauh 12km

[Video] Lelakki Pikul Jenazah Isteri Sejauh 12km: Seorang lelaki miskin di India sanggup memikul mayat isterinya sejauh 12 kilometer selepas pihak hospital dikatakan gagal menyediakan ambulans ke kampung halamannya.

Pikul Jenazah Isteri Sejauh 12km

Isteri Dana Majhi, Amang, 42, meninggal dunia akibat batuk kering di sebuah hospital daerah di Bhawanipatna, Orissa.

Majhi berkata, kampungnya terletak 60 kilometer dari sini dan dia tidak mampu menyewa kenderaan untuk membawa pulang mayat isterinya. Bagaimanapun, pihak berkuasa hospital menafikan dakwaan Majhi itu.

"Wanita itu dimasukkan ke hospital Selasa lalu dan meninggal pada malam sama. Suaminya membawa keluar mayat isterinya tanpa memaklumkan kepada kakitangan hospital," kata Pegawai Kanan Perubatan, B Brahma.

Namun Majhi mendakwa, isterinya meninggal dunia malam Selasa lalu dan hanya membawa mayat isterinya pada hari berikut selepas kakitangan hospital berterusan meminta dia mengeluarkan mayat isterinya.

Pikul Jenazah Isteri Sejauh 12km

"Saya merayu kepada kakitangan hospital supaya menyediakan kenderaan untuk membawa mayat isteri saya pulang, tetapi permintaan saya tidak dilayan.

"Oleh kerana saya miskin dan tidak boleh menyewa kenderaan persendirian, saya tiada pilihan melainkan memikul mayatnya di atas bahu," katanya.

Awal Rabu lalu, Majhi berkata dia membalut mayat isterinya dengan kain dan memulakan perjalanan jauh ke kampungnya di Melghar untuk upacara pengebumian dengan ditemani anak perempuannya Chaula, 12.

Dia sudah berjalan selama kira-kira 12 kilometer apabila ada pihak campur tangan dan sebuah ambulans akhirnya sampai. Upacara pembakaran mayat diadakan petang Rabu. - Agensi


0 comment... add one now