Pandu Lawan Arus, Keluarga Akan Ambil Tindakan Mahkamah

Pandu Lawan Arus, Keluarga Akan Ambil Tindakan Mahkamah,ok!: Keluarga Mohamad Fandi Rosli, 26 yang maut dalam kemalangan di Kilometer 134 Lebuh Raya Utara Selatan dari Seberang Jaya menghala Kepala Batas dekat Permatang Pauh Pulau Pinang semalam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terlibat.

Mohamad Fandi Rosli

Menurut bapanya, Rosli Lin, 56, kejadian tersebut bukan sahaja mengakibatkan mereka kehilangan anak malah menantunya kehilangan suami yang baru dinikahi tiga bulan.

"Bukan tidak reda, kami terima takdir yang berlaku. Tetapi kami merasa teraniaya dengan apa yang berlaku kerana Mohamad Fandi yang baru bernikah pada Disember tahun lepas tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh menyebabkannya kehilangan nyawa.

"Disebabkan itu kami merancang untuk mengambil tindakan undang-undang. Kami amat berharap agar pihak polis dapat menyiasat kejadian ini sebaik mungkin," katanya.

Terdahulu model tersebut mendakwa seakan-akan ternampak lori mengakibatkan dia membuat pusingan u di lebuhraya tersebut dan memandu melawan arus.

Suspek yang berasal dari Taman Desa Murni sepatutnya memasuki susur keluar Sungai Dua untuk pulang ke rumahnya, namun terlajak sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua.

Selain itu suspek juga disahkan pihak polis berada dibawah pengaruh alkohol dan dadah.- UTUSAN ONLINE 

0 comment... add one now