4 Remaja Geng Baling Batu Ditahan

4 Remaja Geng Baling Batu Ditahan,ok!: Tindakan empat pelajar membaling batu ke arah lebuh raya membawa padah apabila ditahan oleh Pasukan PLUSRonda, semalam.

4 Remaja Geng Baling Batu Ditahan

Kejadian berlaku pada 4.05 petang di Kilometer 96.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sungai Lalang, Sungai Petani apabila anggota yang sedang melakukan rondaan ternampak empat remaja di bawah jejambat dan seorang daripadanya membaling batu ke arah lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, sebaik melihat kehadiran anggota peronda, empat remaja berusia 14 tahun itu cuba melarikan diri namun ditahan.

Katanya, keempat-empat remaja terbabit kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

"Sebelum itu pihak PLUS Malaysia Berhad ada menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian membaling batu ke arah kenderaan di Kilometer 96.2 arah selatan.

"Anggota PLUSRonda yang melalukan rondaan bertembung dengan empat remaja itu dan dapat menahan mereka. Setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mangsa yang terkena balingan batu berkenaan," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/218994

0 comment... add one now