Isu Mata Dajjal, Malique Beri Penjelasan

Isu Mata Dajjal, Malique Beri Penjelasan,ok!: Penyanyi rap dan komposer Malique menjelaskan kulit album tiga mata album terbaharunya berjudul Malique TKO: Pejamkan Mata yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen sebenarnya membawa maksud sebagai mata hati.

Isu Mata Dajjal, Malique Beri Penjelasan

Malique berkata, apa cuba disampaikan menerusi gambar mata ketiga itu ialah tidak menghukum sesuatu perkara menerusi mata luaran, sebaliknya menggunakan mata hati.

"Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran berbeza, sebenarnya mata ketiga itu adalah mata hati.

Isu Mata Dajjal, Malique Beri Penjelasan

"Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan.

"Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, sejak album ini dikeluarkan secara dalam talian, pelbagai reaksi negatif mencemuh kulit album tersebut sebagai menyerupai makhluk Dajjal.

Isu Mata Dajjal, Malique Beri Penjelasan

Album diedarkan secara online sejak Disember tahun lalu itu habis terjual hanya dalam beberapa minggu sahaja.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/04/03/malique-perjelas-kulit-album/

0 comment... add one now