Datuk Vida SAH Bercerai?

Datuk Vida SAH Bercerai?,ok!: Dilihat tidak lagi kelihatan bersama suami, usahawan selebriti, Datuk Seri Vida, memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai berita dirinya dan suami, Fairuz Ahmad Zainuddin, sudah berpisah.

Datuk Vida SAH Bercerai?

Usahawan terkenal itu berkata, beliau memilih untuk tidak membuat sebarang komen buat waktu ini atas beberapa alasan peribadi.

"Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua.

"Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada festival jualan Mood Republik.

Vida hadir pada acara berkenaan bersama anak-anaknya, tanpa kehadiran suami yang sebelum ini sentiasa di sisi.

Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga pengusaha produk kecantikan ini mula bertebaran sejak dua minggu lalu.

Vida berkata, beliau enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan kepada perniagaan, termasuk perancangan memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.

"Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang.

"Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama mewah," katanya.

Vida bernikah dengan Fairuz pada Januari 2014, yang juga perkahwinan ketiga wanita terbabit.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/267194?

0 comment... add one now