Pelumba RoadRace Maut Langgar Pokok Hiasan Jalan,ok! Seorang pelumba Indonesia maut dalam satu kejuaraan perlumbaan jalanan di “Road Race Kejuaraan Kapolres Cup I tahun 2017 di Merauke untuk Papua dan Papua Barat” Indonesia pada hari Sabtu lepas 2 April 2017.
Kejadian berlaku ketika perlumbaan tersebut dimulakan. Kemalangan maut pelumba kelas 135 cc open itu melibatkan dua pelumba iaitu Ricky Atsiadi (24) dari BMS Max Racing dan Amirullah Salam (39) Qhaswa Racing Team.
Kedua -dua pelumba dilaporkan terhimpit sesama sendiri disebelah kanan ketika perlumbaan dilepaskan hingga berlanggar sesama sendiri dan melanggar pokok penghias jalan.
Kecederaan parah dikepala Ricky Atsiadi (Ricky Nyamuk) menyebabkan beliau menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala Amirullah pula mengalami cedera parah.
Kemalangan maut tersebut menyebabkan perlumbaan dihentikan seketika. Namun ianya diteruskan pada hari Ahad selepas itu.
note: Bagaimanapun pada hemat kami, ciri-ciri perlumbaan tersebut terlalu minimun. Tindakan marsyal perlumbaan yang mengangkat mangsa kemalangan juga seperti tiada S.O.P. bahkan merbahayakan nyawa mangsa sendiri.
Ikuti video perlumbaan roadrace tersebut dibawah..
[VIDEO] Pelumba RoadRace Maut Langgar Pokok Hiasan Jalan
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →