Lelaki Parah DiSamun Dan DiTetak

Lelaki Parah DiSamun Dan DiTetak,ok!: Seorang lelaki parah ditetak dan disamun 10 lelaki ketika menunggang motosikal secara bersendirian di kawasan kilang Bukit Selambau, pada waktu malam.

Lelaki Parah DiSamun Dan DiTetak

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Saifi Abdul Hamid, berkata mangsa berusia 24 tahun cedera di muka, tangan dan belakang badan dalam kejadian jam 8.45 malam itu.

Lelaki Parah DiSamun Dan DiTetak

Katanya, mangsa yang berjaya pulang ke rumah dibantu ayahnya untuk ke Hospital Sultan Abdul Halim sebelum membuat laporan polis.

"Lima jam kemudian, kita berjaya menahan 10 orang suspek berusia 18 tahun hingga 26 tahun dalam beberapa serbuan sekitar daerah ini.

Lelaki Parah DiSamun Dan DiTetak

"Susulan penahanan semua suspek, kita merampas tiga bilah parang, sehelai jaket, dua topi keledar, sebuah kereta dan enam motosikal," katanya dalam satu kenyataan.

Lelaki Parah DiSamun Dan DiTetak

Saifi berkata, lapan suspek direman selama seminggu mulai hari ini (semalam) sehingga 26 Disember, manakala dua lagi suspek akan direman esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan ketika melakukan samun.

Kredit
Berita Harian

0 comment... add one now