Piala AFC: Pahang Dilarang Mohon Lesen Kelab AFC 2 Tahun

Piala AFC: Pahang Dilarang Mohon Lesen Kelab AFC 2 Tahun,ok!: Selepas enggan mewakili negara ke pertandingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim depan, Pahang akhirnya menerima hukuman apabila dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun.

Piala AFC: Pahang Dilarang Mohon Lesen Kelab AFC 2 Tahun

Hukuman itu membabitkan permohonan tahun 2018 dan 2019 sekali gus menyaksikan skuad Tok Gajah tidak akan mewakili negara ke Piala AFC 2019 dan 2020.

Pasukan Pahang didapati melanggar Artikel 14 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana ingkar arahan badan induk itu selepas enggan atau gagal mendaftarkan pasukan ke pertandingan Piala AFC musim depan.

Mengikut peruntukkan statut FAM, Artikel 14 Status FAM - obligasi ahli menuntut pasukan mematuhi sepenuhnya statut, peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata pihaknya bagaimanapun masih memberi peluang kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) untuk buat rayuan.

"Walaupun sudah diarahkan oleh FAM melalui surat bertarikh 24 November 2017, (Pahang) melanggar Artikel 14 Status FAM akibat tindakan enggan atau gagal mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam Piala AFC 2018.

"Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dilarang memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun iaitu pada 2018 dan 2019 bagi menyertai pertandingan kelab AFC untuk tahun 2019 dan 2020.

"PBNP juga diberi amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama. Keputusan ini boleh dirayu," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Pahang dipilih mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC musim depan bagi menggantikan Kedah.

Bagaimanapun, PBNP menolak pelawaan itu dengan alasan kerana mahu beri fokus kepada pertandingan domestik.

Via
Berita Harian

0 comment... add one now