Papan Tanda Jalan Bahasa Mandarin Keputusan Pentadbiran Lama - Amirudin

Papan Tanda Jalan Bahasa Mandarin Keputusan Pentadbiran Lama - Amirudin,ok! Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mendakwa keputusan untuk membenarkan papan tanda jalan berbahasa Mandarin dipasang di Shah Alam dibuat pada tahun 2017, sebelum beliau diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.

Papan Tanda Jalan Bahasa Mandarin Keputusan Pentadbiran Lama - Amirudin

Malah katanya, dasar berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan tidak dibawa ke dalam mesyuarat EXCO selepas beliau menjadi Menteri Besar.

“Kelulusan itu buat pada 2017. Saya tidak pasti. Mungkin arahan sudah sampai ke mesyuarat (EXCO) dan dilaksanakan.

Menteri Besar, Amirudin Shari mendakwa keputusan untuk membenarkan papan tanda jalan berbahasa Mandarin dipasang di Shah Alam dibuat pada tahun 2017, sebelum beliau diangkat menjadi Menteri Besar Selangor.

Malah katanya, dasar berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan tidak dibawa ke dalam mesyuarat EXCO selepas beliau menjadi Menteri Besar.

“Kelulusan itu buat pada 2017. Saya tidak pasti. Mungkin arahan sudah sampai ke mesyuarat (EXCO) dan dilaksanakan.

“Tapi saya sudah semak, ia tidak pernah dibawa ke MMKN (Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri. Tapi ada cadangan dalam mesyuarat jawatankuasa tetap kerajaan tempatan. Perkara itu dibawa (dalam mesyuarat) dianggap dasar dan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pecah tanah blok pangsapuri kos sederhana dibina Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Jalan Gombak Setia di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif PNSB, Datuk Seri Ahmad Omar.

Beliau menjawab pertanyaan bagaimana arahan untuk membenarkan papan tanda Mandarin boleh diluluskan tanpa dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor sebelum Amirudin adalah Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang kini menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga menurut titah dan perintah Sultan yang mengarahkan supaya papan tanda jalan mempunyai bahasa Mandarin digantikan.

Beliau turut mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han untuk mengkaji dasar pemasangan papan tanda jalan supaya polemik sama tidak berulang.

Kredit:
Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@nstp.com.my
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/11/500671/papan-tanda-jalan-bahasa-mandarin-keputusan-pentadbiran-lama-amirudin#cxrecs_s

0 comment... add one now