AC Mizal Lawat Adik Nur Farisha : Pengacara terkenal Datuk AC Mizal terharu apabila berpeluang bertemu Nur Farisha Muhd Firdaus, setahun enam bulan yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), KL, akibat penyakit barah mata tahap empat.
AC yang ditemani isterinya yang juga pelakon, Datin Emylia Rosnaida hadir ke hospital berkenaan tengah hari tadi selepas mendapat tahu Nur Farisha meminati dirinya.
AC berkata, dia mendapat tahu Nur Farisha meminatinya apabila bertemu dengan Ketua Puteri UMNO Kedah Datin Norhashimah Md Nowar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pulang dari Singapura, baru-baru ini.
“Ketika bertemu beliau sempat menunjukkan gambar keadaan Nur Farisha dan memberitahu si kecil itu sangat meminati saya. Kebetulan saya sangat sibuk dan merasakan seperti tiada peluang untuk bertemunya kerana dia tinggal di Sungai Petani.
“Sudah rezeki Nur Farisha untuk bertemu saya apabila saya mendapat tahu dia dipindahkan ke PPUM dan saya mencari peluang untuk melawatnya hari ini,” katanya.
Beliau yang pertama kali bertemu peminat seperti itu mengakui ia memberi semangat untuk terus maju sebagai penghibur tanpa mempedulikan kata-kata nista segelintir peminat yang membenci dirinya.
“Selama 23 tahun bergelar anak seni, pertama kali saya bertemu peminat yang sungguh istimewa. Walaupun pernah bertemu peminat cilik tetapi Nur Farisha sangat istimewa.
“Melihat keadaannya membuatkan saya rasa sangat bersyukur apa yang saya lalui selama ini dengan ditindas, dihina dan dicerca sebagai anak seni, membuatkan saya rasa ada insan lain yang lebih bersedih atas apa yang dia lalui.
“Apatah lagi insan itu menyanjung saya dan begitu meminati diri ini membuatkan saya berasa begitu terharu,” katanya.
via
http://www.hmetro.com.my/node/45150#sthash.21dAGJCG.dpuf
AC Mizal Lawat Adik Nur Farisha
VideoViralMalaysia0 comment... add one now
Next post: ← Next Entries
Prev post: Previous Entries →