Polis Kenalpasti Suspek Dera Anak

Polis Kenalpasti Suspek Dera Anak :  Pihak polis telah berjaya mengenal pasti suspek yang memukul seorang kanak-kanak dalam video yang menjadi viral di media sosial beberapa hari lalu.

Polis Kenalpasti Suspek Dera Anak

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata berikutan penyebaran video menunjukkan seorang wanita memukul kanak-kanak, polis sudah menyiasat dan mengenalpasti pelaku di dalam video berkenaan.

Katanya, siasatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Satu laporan polis dibuat pada 19 April lalu oleh seorang perempuan iaitu saudara kepada mangsa.

"Polis sudah kenal pasti suspek iaitu seorang perempuan berusia 17 tahun yang juga ibu kepada mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, suspek ditahan hari ini di Ipoh dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

Video Dera Bayi Di Kecam Orang Ramai

via
http://www.bharian.com.my/node/48734

0 comment... add one now